Followers

Tuesday, April 6, 2010

TURUT ISLAM SELESAI MASALAH YONG

Laksanakan hukum Islam sepenuhnya selesai masalah ini tidak hukum Islam buat tak peduli wanitanya tak bertudung kepala...!!! Kerajaan akan menggubal undang-undang yang akan memastikan pesalah laku seksual di negara ini didaftar bagi mengelakkan jenayah berulang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata menerusinya pesalah seksual termasuk kes rogol, pencabulan kanak-kanak dan liwat yang dibebaskan akan disenaraikan dalam sistem bagi memudahkan polis memantau gerak-geri mereka sekurang-kurangnya selama enam bulan.

"Satu jawatankuasa melibatkan PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kementerian sendiri akan dibentuk dalam masa terdekat bagi mengkaji cadangan tersebut sebelum kertas cadangan itu dimajukan kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan bersama PDRM, di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata selain itu undang-undang tersebut akan berperanan sebagai saringan dalam pengambilan pekerja khususnya yang berurusan secara langsung dengan golongan wanita dan kanak-kanak.

"Hanya pekerja yang mempunyai rekod bersih sahaja diambil bekerja oleh majikan yang mempunyai kaitan dengan kanak-kanak seperti pemandu bas sekolah ataupun tadika.

"Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kanak-kanak turut menjadi mangsa jenayah seksual dan jenayah lain seperti penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kewujudan undang-undang tersebut amat penting bagi mengesan dan mengawasi bekas banduan seksual meskipun mereka berada di luar negara daripada mengulangi perbuatan mereka.

"Bukan mahu menyekat pergerakan atau tidak mahu memberi peluang kepada mereka tetapi akta ini amat perlu sebagai langkah pencegahan. Kalau mereka ke luar negara kita juga akan dapat maklumat mengenai mereka melalui Interpol.

"Kalau di negara Barat mereka yang hendak bekerja dengan tempat yang mempunyai kaitan dengan kanak-kanak dan wanita, majikan perlu memeriksa identiti mereka dahulu bagi memastikan nama mereka tidak tersenarai dalam sistem tersebut," katanya.

Mengulas mengenai isu berlainan, Musa berkata sistem amaran awal berintegrasi bagi mengesan kanak-kanak yang hilang kini pada peringkat akhir kajian dan menumpukan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

"Jika kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dilaporkan hilang, langkah-langkah pantas seperti menyiarkan gambar dan butiran mangsa menerusi media, di tempat-tempat awam serta semua pintu keluar sempadan dilakukan dalam tempoh 24 jam sebagai usaha mengesan kehilangan mangsa," katanya.

Terdahulu, pada mesyuarat itu kedua-dua pihak membincangkan isu mengenai kanak-kanak antaranya cadangan membina lokap khas bagi kanak-kanak yang direman, masalah eksploitasi kanak-kanak bagi meminta sumbangan dan jualan amal di kawasan awam, kes keganasan rumah tangga serta kes pembuangan bayi.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran