Followers

Friday, April 16, 2010

SeHarusNya tak disaman

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, beliau menerima penjelasan mufti veteran itu - bahawa kenyataan itu dibuat secara umum dan tidak ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak - sebagai "satu penafian".



"Kalau beliau kata begitu, buat apa saya hendak teruskan lagi (tindakan menyamannya)," kata ahli parlimen PAS itu.


Harussani hari ini menjelaskan, beliau tidak pernah menyebut secara khusus mana-mana pihak - termasuk Khalid - sebagai tidak beriman ketika membahaskan isu penggunaan kalimah Allah.

Katanya, tiada sebab beliau hendak menyebut nama Khalid ketika membahaskan isu tersebut.

Dalam masa yang sama, Harussani mendakwa, beliau langsung tidak mengenali Khalid.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Khalid turut menempelak tabloid yang memuatkan laporan tersebut, yang dikesan diedar di parlimen semalam sebagai "tidak boleh dipercayai" dan "layak dicampak ke bakul sampah."

"Ia adalah pembohongan yang jelas. Kalau satu cerita dia bohong, semua cerita lain juga bohong," katanya.

Malaysiakini difahamkan, tabloid dengan reka bentuk mirip akhbar rasmi sebuah negeri Pakatan Rakyat itu, memfokuskan laporannya 'menyerang' pentadbiran dan pemimpin gabungan PKR, DAP dan PAS.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran