Followers

Monday, April 19, 2010

Dua Ahli Keluar Parti Media Umno Riuh Sekampung

SHAH ALAM 18 Apr -Keputusan Ketua dan Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Shah Alam, keluar parti hari ini tidak menjejaskan perjalanan di cabang tersebut.

Menurut Setiausaha AMK Shah Alam, Wan Loqman Hakim Wan Aminuddin berkata tindakan Pemangku Ketua AMK, Nor'isham Manap dan Timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar sememang sudah diduga kerana mereka tidak pernah menghadiri mesyuarat cabang.

"Tindakan kedua-dua pemimpin ini sudah lama diketahui kerana mereka ini adalah pengikut Ezam Mohd Noor, tetapi disebabkan mereka ini telah dilantik, tidak ada apa-apa tindakan dapat dibuat kecuali menunggu pemilihan parti pada November akan datang.

"Nor'isham ini cuma pemangku sahaja dan bukan ketua yang dipilih tetapi dilantik.Wan Loqman menegaskan media milik Umno-Barisan Nasional mengembar-gemburkan tindakan mereka keluar parti walhal yang terlibat hanya dua individu sahaja.

"Beliau sememangnya tidak layak untuk digelar pemimpin kerana mereka jarang hadir mesyuarat bulanan tambahan pula pada Mesyuarat Agong baru-baru ini beliau juga tidak hadir dan tidak menyediakan laporan mesyuarat menyebabkan mesyuarat tahunan AMK terpaksa ditangguh.

"Saya tahu mereka sudah lama tidak berpuas hati tetapi menunggu masa yang sesuai untuk mengisytihar keluar parti dan sudah tentunya ada habuan besar di saat KEADILAN menghadapi pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

"AMK Shah Alam akan terus berjuang memperkasakan parti serta akan terus menentang rejim Umno Barisan Nasional," tegas Wan Lokman lagi.

Sambil itu, Wan Lokman berkata jawatan tersebut akan dipangku oleh Hisham Shariman selaku Naib Ketua AMK dan jawatan timbalan akan ditentukan kelak.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran