Followers

Friday, April 30, 2010

IGP di beri kata dua

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

Had hari umno mari


Ikut mazhab Islam Had hari boleh ....
lorrrrrrrrrrrrrrrr............tak penah dibuat orang
mana mufti umno..harusssss money sebab umno tiada yang bantah nama dia kan 1malaysia umno boleh buat apa saja...... harusss......

umno derhaka

Bila berdepan dengan Islam, UMNO tak boleh buat apa melainkan guna ISA, guna ugut, guna duit. UMNO ini parti duniawi. Parti dunia, dia tak kira dalam kubur jadi apa, di padang mahsyar nak jadi macam mana.asalkan nguntung kat dia semua di balunnya tak kira halal haram ulamak depa pun takut bagi hukum halal haram,halam katanya yang lagi satu lagi best haruss katanya
“Inilah kecelakaan pemikiran orang umno sekarang. Satu kecelakaan saya ulung. Bila berdepan dengan benda ini dia tak boleh nak buat apa. Sepatutnya UMNO menyerah kalah, menyerah kepada kebenaran,”
Ikut apa yang allah suruh tinggal yang allah larang.yang peliknya bila pakatan rakyat buat semua tak elok bila di rampasnya kuasa di ikutnya apa yang pakatan rakyat buat.

Thursday, April 29, 2010

KPN patut di pencenkan

Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.KPN dan menteri patut letak jawatan tak payah nak salahkan pegawai bawahan sudah banyak sangat kerosakan buatan mereke.

Wednesday, April 28, 2010

Alhamdulillah Tamrin Ghafar dah sedar

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

MCA kata Ibrahim Ali penghasut

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi "perkauman menebal".



Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media, turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.



Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti PERKASA yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.



Jika tidak, katanya, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum k-13 akan datang.



"Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.



"Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi," katanya.

Khir Toyo menghasut ketepi kaum cina

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo menuntut supaya dasar kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan Cina "dikaji semula" supaya lebih memberi penghargaan kepada masyarakat Melayu dan India.



Katanya, masyarakat Melayu dan India kembali menyokong BN sedangkan golongan pengundi Cina di Hulu Selangor menolak parti itu bagi mengukuhkan DAP, tulis beliau di blog peribadinya.



"Pada hemat saya kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan bukan bersandarkan isu pembangunan mahu pun isu polisi tetapi lebih kepada isu kuasa orang Cina di Selangor yang lebih besar berbanding konsep perkongsian kuasa dalam BN," katanya.



Jelasnya, BN "dibelasah teruk" di kawasan majoriti pengundi Cina dan membayangkan perkembangan itu sebagai "pola pengundian bersifat cauvinis Cina."



"Sokongan besar kaum Cina kepada Pakatan adalah hasil kempen perkauman DAP secara senya-senyap. Terdapat laporan DAP memainkan isu-isu perkauman dalam kempen rumah ke rumah pengundi Cina.



"Mereka mendakwa hak dan kepentingan kaum Cina ditindas oleh Umno dan ini menimbulkan kemarahan pengundi Cina di Hulu Selangor.



"Justeru saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi-polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India yang memberi sokongan kepada BN.

SPRM tiada siasatan lanjut tehadap ONG

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing, telah ditutup dan tiada siasatan lanjut.


Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.


"Kes ini saya dimaklumkan bahawa ia telah tamat siasatan dan tidak akan dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen “Red Means Stop" anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn. Bhd. di Putrajaya hari ini.


Tahun lepas, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada King Sing untuk aktiviti MCA.

LAIN PULA CERITANYA JIKA TERJADI TERHADAP PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SPRM TAK HABIS-HABIS MENYIASAT

Tuesday, April 27, 2010

Hulu S'gor bukti BN sudah tidak ada harapan

Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.



"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.



Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.



Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.



"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.



Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.



"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.



Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.



"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.



Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.



Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.

Halalkan rasuah puncaBN menang

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor disebabkan BN menghalalkan amalan rasuah.



Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.



Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.



Amalan rasuah sepanjang PRK itu, katanya berleluasa dan kaedah digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.



"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isnin rasuah tersebut akan diberikan.



Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.



"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."



Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, di bawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.


"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.



"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.

Monday, April 26, 2010

BN lebih berliku selepas Hulu Selangor

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam memberikan mesej yang jelas BN bakal menghadapi jalan-jalan yang lebih berliku pada masa akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, hari ini melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan tipis calon BN, P Kamalanathan.

"BN menang kita tak terkejut, tapi yang kita terkejut BN menang sikit, majoriti undi yang hanya 1,700 lebih tak setimpal dengan apa yang dia sogokkan kepada pengundi di Hulu Selangor. BN akan berhadapan jalan yang berliku jika keputusan ini diambil kira.

"Peruntukan untuk sekolah Cina, peneroka Felda, projek-projek segera dan berbagai-bagai lagi sogokan kepada pengundi termasuk serangan peribadi ke atas calon adalah amalan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat perkara ini," katanya yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Azizan yang bersimpati di atas kekalahan Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun turut mengucapkan tahniah kepada jentera PR yang berjaya meningkatkan jumlah undi berbanding pilihan raya yang lalu.

Keputusan malam tadi menyaksikan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi, berbanding 23,177 undi yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pilihan raya umum yang lalu.

"Ini merupakan petanda baik kepada PR dalam pilihan raya yang akan datang. Kita harap PR akan mencatatkan kemenangan dalam PRK Sibu, 15 Mei nanti," katanya.

HULU S'GOR BUKAN PENENTU

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.

Sunday, April 25, 2010

TAHNIAH UMNO PILIH KAMAL SEBAGAI PEMIMPIN

Prk Hulu Selangor.. BN menang undi ,kalah maruah ! Duit dah buang, samseng pun ramai,SPR dilantik "menghantu" 13448 pengundi,sasaran 6000 majoriti pun tak sampai.Seluruh dunia yang berilmu tinggi pun tahu kempen PRK HS paling kotor,teruk,korup,....MEMBAZIR duit rakyat 90 juta cuma menghasilkan 1725 undi,lagi 4275 undi sembunyi dimana ? Zaid tak menang,tetapi berjaya mempertahankan 4275 untuk PR,dan beliau pun menguntungkan wibawa,kemulian,kehormatan,keikhlasan,,,,,UMNO-BN dapat apa ? Busuk macam tahi.

Patut pun menang dengan segala jentera kerajaan di gunakan sewenang-wenangnya,harta rakyat di buatnya macam harta UBN.kalau kalah malu muka mana nak taruh semua orang tahu rtm kempen untuk UBN siang malam.Tambah lagi dengan projek segera jalan raya di buat dan di besarkan ceruk desa,sampaikan perkampungan asli polis jaga.

BN menang undi pos

BN mendapat 767 undi manakala PKR mendapat 120 undi pos dalam ramalan awal menunjukkan BN boleh memenangi prk ini.

CheGuBard di tangkap lagi

KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shahrin (CheGuBard) kini ditahan di Balai Polis Serendah dipercayai berhubung insiden di Felda Sg Buaya tengahari tadi.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyifatkan polis melakukan penangkapan berpilih dan mensasarkan CheGuBard sebagai mangsa mereka.

"Saya percaya tindakan polis ini adalah untuk menghalang CheGuBard dan petugas Pakatan Rakyat lain daripada menjalankan tugas mereka membantu kempen dalam pilihan raya kecil ini.

"Polis tidak boleh kata dalam mana-mana pilihan raya tidak boleh mencalarkan imej pemimpin negara atau tidak boleh membangkitkan mana-mana isu yang pada pandangan mereka tidak boleh ditimbulkan atau menangkap seseorang atas rasa dendam pemimpin atasan," kata Tian Chua.

Penyokong BN Suka Buat Hal

HULU SELANGOR, 24 April: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.



Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sungai Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.



Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu majlis himpunan yang diadakan.



Ianya menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.



Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.



Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.



Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.



Insiden lebih kurang lima minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.



Kejadian itu berlaku pada kali keenam kumpulan motosikal tersebut yang berulang alik melalui jalan yang sama.

Ada Lagi Penggundi Hantu?

HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian.

Walaupun begitu, bas-bas berkenaan akhirnya bergerak keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 6.00 pagi dengan diiringi pihak polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Harakahdaily difahamkan, selain bas, berbelas buah kereta juga digunakan untuk membawa ‘pengundi hantu’ dari IKBN.

Dipercayai, mereka dihantar ke beberapa daerah mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang sudah mulai dibuka sejak jam 8.00 pagi tadi.

Sementara itu, Suara Keadilan online melaporkan, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, sebanyak lima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara lima hingga enam orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi membawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah dibawa keluar," kata Fariz.

Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.

ORANG ASLI DI HALANG MENGUNDI

"Exco Selangor Elizabeth Wong memfailkan laporan polis awal pagi tadi di Balai Polis Kuala Kubu Bharu selepas beberapa 'samseng' didapati megnawal jalan keluar-masuk ke perkampungan Orang Asal Kirling dan Pertak malam semalam.

Elizabeth menerima aduan dari penduduk kampung yang bimbangkan keselamatan mereka, lebih-lebih lagi apabila seorang individu yang berada di tempat kejadian dikatakan telah ditumbuk oleh salah seorang samseng itu.

Adun Bukit Lanjan ini percaya sekatan ini bertujuan menghalang Orang Asal dari keluar mengundi hari ini, lebih-lebih lagi terdapatnya petanda sebahagian besar masyarakat Orang Asal cenderung kepada Pakatan Rakyat."

Politik "dajjal"di Hulu S'gor

Antara tanda-tanda besar Kiamat ialah keluarnya Dajjal. Politik Dajjal ialah sesiapa yang ikut dan taat perintahnya "selamat" dan akan mendapat "bantuan segera" seperti langit menurunkan hujan, bumi menumbuhkan tumbuhan subur dan ternakan menjadi gemuk-gemuk.

Manakala warga penduduk yang mengingkari perintah Dajjal maka "merana" dan "derita"lah jawabnya. Bumi warga itu akan kering kontang dan kemarau.

Begitulah "berkuasa"nya Dajjal pada masa itu sebelum Nabi Isa membunuhnya.

Persoalannya adakah politik ala Dajjal ini muncul di Hulu Selangor kini dan seluruh tempat dimana wujudnya Pilihanraya Kecil (PRK) atau pilihanraya kecil (PRU) ?

Hari ini, di Hulu Selangor PM Najib begitu "ringan" mulut menawarkan "juta-juta" RM untuk sesiapa yang undi BN. Bantuan RM 3 juta jika penduduk Hulu Selangor undi BN.

Itu belum campur lagi dengan "berguni-guni" janji dari mulut pemimpin BN yang lain seperti Muhyiddin dan Menteri Kabinet yang lain.

Jika BN kalah di Hulu Selangor bermakna tiadalah bantuan buat penduduknya.

Ingat warga Hulu Selangor jika BN kalah!...."Kering kontang dan kemarau" lah bumi Hulu Selangor !

Adakah suatu kebetulan dikala Dajjal diikuti oleh 70,000 Yahudi ketika itu manakala UMNO pula sedang ikat janji dengan APCO ?

Atau perkhabaran dari Hadis Rasulullah bahawa Dajjal itu punya SATU mata manakala di Hulu Selangor sedang sohor dengan SATU Malaysia . Satu kebetulan ke ?

Dijanji beribu,hanya 100 selipar sambut Blair

Ibrahim (kanan) membantu seorang kanak-kanak menyelipar poster Blair. - Gambar oleh Jack Ooi

Oleh Yow Hong Chieh

PETALING JAYA, 24 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada Rabu lalu berjanji akan mengumpulkan beribu-ribu selipar bagi menyambut bekas perdana menteri Britain Tony Blair, tetapi hari ini kurang 100 selipar muncul di tempat beliau dijadual berucap.

Rabu lalu, Ibrahim berkata beribu-ribu selipar akan menyambut Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

Mereka membantah kedatangan Blair ke negara ini dan meminta kira-kira 50 badan bukan kerajaan (NGO) memulakan gerakan melalui apa jua kaedah seperti “facebook” dan “twitter” membantah kedatangan Blair.

Perkasa dan Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura yang menjemput Blair memberikan ceramah pada kongres perniagaan hari ini.

Hari ini, mereka berhimpun di pintu masuk pintu masuk Jusco pusat membeli-belah Sunway Pyramid sambil melaungkan “Allahuakbar” dan “Blair, Blair! Bastard!”.

Kemudian mereka membakar risalah yang memuatkan wajah Blair.

Sebahagian dari mereka yang menghadiri protes hari ini. - Gambar oleh Jack Ooi

Malah mereka juga membaling selipar ke arah kain rentang yang menggambarkan wajar Blair, bekas presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan Star of David.

Kumpulan yang hadir hari ini kebanyakannya terdiri daripada pemuda Melayu dan beberapa warga Iraq.

Ibrahim bersama empat wakil dibenarkan masuk Pusat Konvensyen Sunway Resort Hotel & Spa oleh polis untuk menyerahkan nota bantahan kepada Blair.

Bagaimanapun media tidak dibenarkan.

Kelima-lima mereka muncul setengah jam kemudian sambil memberitahu bahawa mereka tidak dapat menemui Blair.

“Saya kecewa kerana saya tidak dapat menemui Blair kerana keselamatan terlalu ketat,” kata Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

“Kami tidak tahu di mana Blair berada. Mungkin dia beada di tandas atau di celah-celah kedai kain ataupun berselindung dalam lif. Kami tidak dapat mengesan beliau,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau telah menyerahkan dokumen yang dikeluarkan oleh Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

“Apabila kami menemui wakil Blair, dia berkata kami tidak menemui Blair secara peribadi atas alasan keselamatan,” katanya.

“Dan, saya memberitahu wakil itu bahawa Blair tidak pernah berfikir tentang keselamatan rakyat Iraq. Mereka menceroboh dan mengebom Iraq mengikut kehendak mereka dan sekarang Blair bercakap tentang keselamatan peribadi. Jadi saya berkata, ‘pergi jahanam bersama Blair!’. Ini yang saya memberitahu sebentar tadi,” katanya.

PAS ada bukti hubungan Malaysia-Israel

PAS melahirkan kekesalannya berhubung tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa mempromosikan Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).





Menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, part itu mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang menyediakan khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan rejim Israel.

“Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan industri Israel dalam negara,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

Menurut Idris, antara yang boleh ditemui di perpustakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan.

“Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan di negara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku,” katanya.

Idris berkata pihaknya hairan, bagaimana buku dan majalah berkenaan boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini menteri yang bertanggngjawab mendakwa di Dewan Rakyat bahawa mereka langsung tidak ada hubungan dengan rejim Yahudi berkenaan.

“Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen,” katanya lagi.

Rak Khas

Katanya, kehadiran rak khas untuk bahan-bahan dari Israel itu membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar kerajaan yang pada tahun 1994 yang meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

“PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas,” ujarnya.

Menurut Idris, perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006.






Menteri Yahudi itu juga dilaporkan begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menterinya , Datuk Seri Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan rejim Israel.

“Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat.

“Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

“Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai timbalan menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.,” ujarnya.

Menurut Idris, PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan perdagangan Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh kerajaan.

PENJAWAT AWAM KECEWA

Assalamualakum dan salam sejahtera.



Saya adalah seorang rakyat biasa yang menjadi pemerhati gelagat politik di tanah air khususnya pada pilihan raya yang akan berlansung di Hulu Selangor.

Sebagai seorang penjawat awam yang menjaga aset kerajaan, saya serba sedikit tahu yang kerajaan tidak mempunyai dana yang banyak untuk mentadbir negara.

Ia bermula pada awal tahun ini apabila kerajaan mengumumkan peruntukan untuk setiap kementerian akan dipotong sebanyak 20-50 peratus.

Tergerak di hati saya untuk menyatakan rasa kecewa apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan dan menjanjikan pelbagai peruntukan yang akan diberikan untuk rakyat di Hulu Selangor yang mungkin dah mencecah bilion ringgit. Walhal negeri-negeri lain dan juga kawasan-kawasan lain juga memerlukan peruntukan secara adil dan saksama.

Oleh itu, saya mohon pihak Malaysiakini menyenaraikan berapa banyak jumlah peruntukan yang telah pihak kerajaan BN bazirkan semata-mata untuk menang pada pilihanraya ini dan sebarkan agar rakyat tahu bagaimana duit mereka dibazirkan dan hak mereka diketepikan.

Anak Gafar Baba di pentas Anwar


Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.

Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh.

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.

Ghafar yang mempunya rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya

Kenyataan Rasmi Pejabat MB Kelantan

Bismillahirahmanirrahim.



1. Sukacita dirujuk kepada 'head-line' muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, 24 April 2010 yang memakai tajuk besar "Pembangkang Ingkari Sultan” yang turut memutar-belitkan fakta kononnya dipetik kenyataan Mursyidul Am Pas selaku Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.



2. Petikan yang disertakan di bawah tajuk demikian jelas sekali berniat serong dan jahat serta bertujuan untuk mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan dengan melaga-lagakan kenyataan beliau dengan titah KDYMM Sultan Selangor.



3. Sukacita dijelaskan bahawa punca kekeliruan dan salah petik itu adalah ekoran daripada kenyataan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan di Kuala Kubu Bharu hanyalah memberikan respon kepada pertanyaan wartawan berkenaan isu ucapan yang berunsurkan politik di dalam masjid dan surau.



4. Sehubungan itu, YAB Tuan Guru berulang kali seperti mana sebelumnya sentiasa menegaskan bahawa hakikat Islam itu adalah merangkumi semua aspek hidup manusia, tidak boleh dipisah-pisahkan. Sebagaimana amal ibadah ditetapkan peraturannya di dalam Islam, begitulah juga Islam mempunyai aturan hidup di dalam ekonomi, kekeluargaan dan juga tidak ketinggalan aturan politik. Oleh itu, apabila bercakap Islam di dalam masjid/surau, tidak boleh tidak kena menyentuh sama soal politik. Ini kerana urusan politik dan pemerintahan di sisi Islam adalah urusan agama seperti juga urusan muamalat, munakahat, keadilan, ekonomi dan sosial serta perundangan.



5. YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar tidak bermaksud untuk mengingkari sebarang larangan pihak berkuasa negeri, termasuk KDYMM Sultan Selangor.



6. Apa yang cuba dijelaskan ialah kefahaman Islam sebenar yang tidak boleh dipisah-pisahkan antara urusan agama dengan urusan politik atau siasah. Kerana di dalam Islam turut mengandungi ajaran politik Islam. Oleh itu, soal politik tidak boleh dipisahkan daripada diajar di dalam Islam. Masjid adalah pusat pengajian agama, dan dalam pengajian agama termasuk sama kitab-kitab politik Islam seperti "Min Fiqh al-Daulah Fi al-lslam" karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi. Sudah pasti pengajarannya menyentuh soal-soal kepimpinan, peranan institusi masjid, perundangan dan pentadbiran kerajaan. Semuanya tidak salah disebut dan diajar di dalam masjid.



7. Sebenarnya, YAB Tuan Guru Dato’ sentiasa berpegang dengan prinsip Islam sebenar bahawa politik kepartian tidak boleh disebut di dalam masjid bagi mengelakkan sebarang perpecahan dan suasana yang tidak harmoni. Namun, apabila memisahkan institusi masjid daripada sebarang program ilmu untuk mengajar politik Islam adalah satu tindakan berasaskan fahaman sekular warisan penjajah.



8. Kenyataan YAB Tuan Guru Dato’ kelmarin adalah sama sekali tidak berkaitan dengan larangan KDYMM Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak digunakan untuk berkempen seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia itu. Laporan pemberitaan tersebut amatlah dikesali dan diharapkan pihak akhbar berkenaan tidak menjadikan ruang pilihan raya kecil ini sebagai ruang adu-domba bagi kepentingan pihak tertentu.




Sekian, wassalam.




Dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.



Bertarikh : 24 April 2010 M

PENGUNDI JANGAN TERTIPU LAGI

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam tadi.



Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.


Di harap pengundi Hulu Selangor tidak tertipu dengan mainan politik umno/BN yang menjanjikan bermacam-macam pembangunan tetapi ternyata semuanya bohong belaka.


Ini terbukti dengan apa yang berlaku di semua pilihanraya kecil yang telah berlaku di seluruh malaysia sebelum ini
,janji pemimpin-pemimpin UBN hanyalah untuk meraih undi sahaja.habis duit rakyat di belanjakan untuk kepentingan politik mereka.

Kajian Menunjukkan Pakatan Di Depan

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Sementara itu, semakan dengan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Saturday, April 24, 2010

BN akan laksana GST jika menang di Hulu S'gor


KUALA KUBU BHARU 23 Apr - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengingatkan pengundi Hulu Selangor bahawa Umno-Barisan Nasional akan melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang telah ditangguhkan seawal-awalnya pada bulan Jun tahun ini sekiranya calon BN memang pada pilihan raya kecil 25 April ini.

"Ini kerana kalau pengundi Hulu Selangor pilih Kamalanathan, BN akan fikir rakyat sokong mereka dan oleh kerana itu atas sokongan rakyat mereka akan laksanakan GST. Oleh kerana amat penting Zaid Ibrahim memang supaya beliau boleh terus menentang GST di Parlimen bagi pihak rakyat Hulu Selangor.

"Kerajaan Umno-BN kini telah ketiadaan wang. Jadi setiap rakyat Malaysia, samada bekerja atau tidak akan dikenakan cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan" kata Charles semasa berucap pada ceramah kelompok di Taman Teratai, Kuala Kubu Baharu semalam.

Cukai GST yang dijangkakan bermula pada kadar 4 peratus akan meningkat sehingga 25 peratus sepertimana yang dilaksanakan.

"Rang undang-undang berkenaan GST telah pun disiapkan. Namun kita bernasib baik kerana dokongan rakyat yang kuat telah menyebabkan pelaksanaannya pada Jun tahun ini berjaya ditangguhkan".

Rakyat di Pakistan dan Australia telah menolak kerajaan mereka kerana cuba untuk melaksanakan cukai GST.

"Oleh itu undi kepada Datuk Zaid Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam PRK Hulu Selangor ini akan menafikan terus usaha untuk membawa cukai yang memiskinkan rakyat ini".

Antara isu utama yang menjadi bahan kempen beliau adalah mengenai air dan kaedah pengurusan yang berhemah.

Beliau yang merupakan aktivis air memaklumkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor adalah antara pentadbir kerajaan negeri yang terawal di dunia yang mengadakan skim air percuma kepada rakyat.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor", kata beliau dalam

"Harapan kita agar pengurusan air ini kekal berada dalam tangan kita dan usaha pihak-pihak tertentu untuk memonopoli perkhidmatan ini wajib dihalang".

Selain itu, Charles membuat pendedahan mengenai aliran keluar tunai oleh pelabur Malaysia ke luar berjumlah hampir RM50 bilion.

Pelabur Malaysia kini lebih berminat untuk menjalankan perniagaan mereka di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

"Mereka kini tidak lagi yakin dengan pentadbiran ekonomi olehh rejim Umno-BN," jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan semakin ramai rakyat Malaysia yang melepaskan taraf kerakyatan mereka dan berhijrah keluar negara.

Kira-kita 700,000 orang bersamaan 3.3 peratus rakyat Malaysia telah menukar kerakyatan.

"Bukan orang Cina dan India sahaja yang menukar kerakyatan, kini semakin ramai orang Melayu yang meninggalkan negara ini.

"Kita memohon kepada pengunjung yang datang ke ceramah ini untuk menyampaikan pesanan kepada sahabat dan saudara mara kita agar berani membuat perubahan.

"Gunakan segala kemudahan yang ada samada melalui sms, e-mel dan sebagainya untuk menyampaikan pesanan.

"Kini telah tiba masanya untuk kita menyelamatkan negara Malaysia. Pengundi di Hulu Selangor sangat bertuah kerana berpeluang untuk memulakan langkah perubahan untuk kita menuju di Putrajaya.

Pengundi Hulu S'gor Mesti Undi ZAID

ULU BERNAM 23 Apr - Pengundi di Felda Gedangsa diseru memilih calon berdasarkan kehebatan pemimpin tersebut bukannya terpengaruh dengan cercaan dan perbuatan mengaibkan calon yang bertanding.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata Umno terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan taktik tidak bermoral menghina calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Kita kena pilih pemimpin yang mempunyai kehebatan bukan dengan mengaibkan dan menceritakan keburukan orang.

"Datuk Zaid Ibrahim ini peguam dan dulunya Menteri, tapi demi prinsip memperjuangkan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Negara (ISA) yang tidak dipersetujui oleh Umno, maka beliau keluar parti.

"Calon Barisan Nasional, Kamalanathan kata dia ada ijazah tapi betul ke dia ada, sebelum pilihan raya lagi sudah mengaku ada ijazah," soal Fauzi yang juga bekas Timbalan Menteri Penerangan.

Menurutnya lagi Zaid mempunyai kaliber yang hebat dan ketokohannya akan membantu menaikkan martabat serta kebajikan rakyat Hulu Selangor.

Mengulas isu ahli KEADILAN keluar parti, Fauzi berkata perkara ini berlaku sejak zaman Umno semasa pimpinan Datuk Onn Jaafar lagi.

"Datuk Onn semasa menjadi Presiden Umno telah mengusul supaya parti disebut dibuka kepada bukan Melayu tetapi ditolak oleh ahli Umno dan menyebabkan beliau keluar parti dan menubuhkan Parti Negara.

"Isu ahli keluar parti ini perkara biasa tambahan pula semasa berlangsungnya pilihan raya kecil di Hulu Selangor ini," ulas Fauzi lagi.

GARA-GARA PISAU 20 SEN

HULU SELANGOR, 23 April: Lima anggota Pemuda PKR pagi tadi dihadapkan semula ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru kerana menurunkan billbord berunsur krontroversi dan fitnah angkara Umno/BN hanya menggunakan pisau lipat berharga 20 sen.

Faris Musa, salah seorang yang didakwa berkata, pendakwaan seolah-olah tidak berpuas hati dengan ketetapan Majistret Zuraidah Zakaria menolak dakwaan pasukan pendakwaraya yang mengatakan mereka yang terbabit membawa senjata berbahaya dan bahan letupan.

"Hari ini, kami diminta ke mahkamah semula untuk didakwa di bawah Syeksyen 427 Kanun Keseksaan di bawah Syeksen 6 (1) dan (Seksyen) 8 kerana membawa senjata bahaya dan letupan.

“Sebenarnya kami hanya bawa pisau lipat harganya 20 sen, mungkin sebab itu hakim Zuraidah Zakaria menolak dakwaan mereka," kata beliau berseloroh sambil disambut dengan gelak ketawa para penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang lain di pekarangan mahkamah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua AMK berkata, Polis sebenarnya merancang untuk mereman beliau dan empat aktivis AMK yang lain sehingga 25 April ini, iaitu pada Hari Mengundi.

Namun, timbalan pendakwa raya menolak inisatif Polis tersebut kerana dakwaan yang dikenakan ke atas mereka tidak setimpal dengan perbuatan mereka menurunkan beberapa billboard menggunakan hanya pisau lipat berharga 20 sen.

Ekoran itu, mereka terus didakwa selepas ditangkap, semalam.

Pun begitu, dengan keputusan Majistret Zuraidah, mereka dibebaskan dengan ikat jamin Polis sendiri.

Selain Faris, mereka yang didakwa adalah Wan Khairul Fadhilah, Amirul Nasr, Ahmad Shabuddin dan Ahmad Sharizan.

Kelmarin, aktivis AMK bersama-sama Briged Srikandi PKR membuat laporan Polis berhubung perbuatan jentera Umno/BN menaikkan billboard yang menghina Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Laporan yang sama, menurut Faris turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) pada hari yang sama.

Disebabkan Polis dan SPR dilihat mengambil sikap sambil lewa dengan perlanggaran demokrasi angkara Umno/BN itu, Faris bersama sekumpulan aktivis AMK mengambil keputusan menurunkan beberapa billboard tersebut lalu diserahkan kepada SPR.

Sejurus selesai penyerahan billboard, dilaporkan beliau bersama-sama empat aktivis AMK yang lain terus diberkas Polis tanpa diberitahu sebab-musabab mereka ditangkap.

Umpan Duit Senjata Terakhir UMNO/BN

HULU SELANGOR, 24 April: Dalam tempoh 48 jam menjelang pusat pengundian dibuka perkara pertama yang perlu diperhatikan, berapa banyak umpan pilihan raya sudah sampai ke tangan pengundi.

Seorang petugas PAS dari Kuala Krai ketika ditemui di Batang Kali memberitahu umpan duit daripada Umno/BN menyebabkan ramai pengundi di atas pagar di Manek Urai menjadi kelabu mata.

“Ada pengundi yang mendapat RM2,000. Mereka datang pada waktu malam ketika kita syok mendengar ceramah dan mengadakan program bersama rakyat.

”Lebih mendukacitakan lagi ada juga penyokong kita yang menjadi tali barut membawa agen Umno. Mereka membahagikan umpan pilihan raya kepada orang PAS.

”Ini perlu diperhatikan. Hulu Selangor seakan-akan Manek Urai kerana ramai juga pengundi Melayu,” katanya di sini, semalam.

Pengalaman di Manek Urai pada Julai tahun lepas cukup memeritkan. Majoriti daripada 1,352 pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 menjunam kepada 65 undi pada pilihan raya kecil itu yang patut menjadi pengajaran di Hulu Selangor.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah ketika dihubungi memberitahu sekiranya aliran duit dapat dikawal, peristiwa seperti di Manek Urai sukar berulang di Hulu Selangor.

Beberapa penduduk India yang asyik bersembang di sebuah kedai kopi di pekan mati Batang Kali tidak yakin dengan Kamalanathan.

Mereka memberitahu bekerja di ladang sejak berpuluh tahun lalu hanya mendapat gaji di bawah paras kemiskinan.

”Dahulu Datuk G (Palanivel) tidak buat apa. Biar pun menjadi orang kuat Datuk Samy namun orang India masih tidak terbela,” kata mereka ketika didekati ke meja tempat mereka bersembang.

Tharuman Arjunam, seorang aktivis masyarakat India dari Kota Bharu berkata, hasil tinjauan rambangnya di Kuala Kubu Baru mendapati rata-rata orang India mengharapkan pemimpin yang berani dan bukan lembut macam Nathan.

Katanya, kalau menangkan Nathan sekali pun dia tidak boleh buat apa-apa kerana Datuk Palanivel lebih berkuasa di mana hubungannya amat rapat dengan Presiden MIC.

”Saya dengar cerita penyokong setia Datuk G tidak berkenan sangat dengan Nathan. Kalau Nathan menang bermakna Palanivel akan bersingkir.

”Dan pelan peralihan kuasa yang dijanjikan Samy Vellu akan terbantut. Maka lebih baik jangan menangkan Nathan, Ahad ini. Kalau Nathan menang, Samy lambat lagi akan berundur sedangkan segala masalah orang India di negara ini berpunca kepada kelemahan pimpinan Samy,” kata Tharuman.

Menurutnya juga, biar pun baru dua tahun kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, namun program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas yang meninggal dunia dan tabung Tawas untuk bayi baru lahir menjadi sebutan penduduk.

Selain itu, air percuma bagi 20 meter padu pertama dinikmati penduduk Selangor.

Beliau datang membantu kempen di Hulu Selangor bersama beberapa kawan di kalangan masyarakat Cina dari Kota Bharu.

Sumber Umno di Selangor pula memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mengharapkan sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila sehingga hari ini sudah tiga kali turun ke Hulu Selangor.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan Jepun, Najib bergegas datang ke Hulu Selangor.

”Situasi seperti ini jarang berlaku. Biasanya Timbalan Perdana Menteri sahaja yang turun padang berkempen siang dan malam. Namun di Hulu Selangor ada kelainan.

”Saya dibayangkan Perdana Menteri begitu bimbang kerana orang Melayu tidak lagi berminat dengan calon MIC. Isu perebutan calon sebelum ini memberi kesan mendalam,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Abdul Rahman Yunus berkata, pilihan raya kecil itu memperlihatkan BN kekeringan isu untuk diketengahkan kepada rakyat.

Beliau membuktikan teori itu dengan alasan BN melalui media massa harian yang menjadi tali barut Umno menggunakan isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim sebagai senjata.

”Saya melihat ini satu kesilapan apabila dimainkan isu arak atau kuda lumba kerana di Hulu Selangor pengundi Melayu hampir setara dengan bukan Melayu.

”Tentunya bagi orang India dan Cina, arak tidak menjadi isu besar bagi mereka. Dan orang Melayu pun boleh memberi simpati kepada Zaid kerana dipermainkan pemimpin Umno terutamanya Muhyiddin sendiri,” katanya.

Kata beliau, kesilapan itu mungkin seperti baru disedari apabila ia tidak lagi menjadi mainan media mereka sehari dua ini.

Namun Abdul Rahman berkata, kesilapan itu telah memberi kesan simpati yang mendalam kepada Zaid terutamanya di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir pula memberitahu suatu kejutan berlaku apabila kawasan ladang di Hulu Bernam yang sukar dimasuki petugas Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu sudah berubah sekarang.

Beliau mendakwa penduduk kebanyakan keturunan India di kalangan pekerja ladang di situ memberi sambutan baik terhadap kunjungan dan program dianjurkan Pakatan.

”Saya melihat ini satu perkembangan positif. Sekiranya situasi itu dapat dikekal kerusi Hulu Selangor dapat dipertahankan Zaid Ahad ini,” katanya ketika dihubungi di parlimen semalam.

Seorang penduduk di taman perumahan di Kuala Kubu Baru menjelaskan isu calon MIC sukar diterima kebanyakan penduduk Melayu di situ.

Menurutnya, orang Melayu rata-rata tidak boleh lagi menerima calon daripada MIC kerana mereka sudah muak dengan Palanivel selama empat penggal berkuasa di Hulu Selangor.

”Saya melihat satu kesilapan besar dilakukan Umno apabila mengekalkan kerusi majoriti Melayu kepada MIC. Keadaan sekarang sudah berubah.

”Rakyat sudah pandai menilai. Saya percaya sekiranya calon Umno diturunkan tentunya persaingan kali ini menjadi 50 – 50. Tetapi sekarang sudah tidak seimbang,” katanya yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan di situ.

Biar pun beliau bukan anak tempatan namun tinggal di taman perumahan tersebut lebih 10 tahun.

Maka bagi memenangi hati rakyat, Umno terus menggulakan dengan projek demi projek.

Seorang ketua kampung di Sungai Buaya membilang-bilang projek diluluskan kerajaan BN. Antaranya membina padang kawat berharga RM144,000, membaik pulih dua madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).

Kelulusan itu bukan dibuat menteri sebaliknya Datuk G selaku penyelaras BN di parlimen Hulu Selangor.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ada pesanan buat pengundi di Hulu Selangor.

Katanya, janji pilihan raya di Bagan Pinang dan Manek Urai belum lagi Umno tunaikan lagi.

”Apakah pengundi di Hulu Selangor sanggup dipermainkan sama,” katanya.

RAIS: orang kampung bodoh?

HULU SELANGOR, 23 April — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) berkata isu-isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk isu APCO Worldwide tidak sesuai dijadikan bahan kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman.

Beliau berkata masyarakat pedalaman lebih berminat mendengar isu-isu setempat seperti pembangunan pendidikan, pekerjaan dan gaji berbanding isu nasional seperti APCO.

“Pembangkang kehilangan modal untuk berkempen. Saya berpendapat isu yang dibangkitkan pembangkang seperti isu APCO tak masuk akal. Orang tak dapat terima (isu APCO) dan ianya tidak ada kenyataan dan amalan yang menjurus ke situ.

“Orang kampung tak kisah mengenai perkara besar tetapi melibatkan isu-isu setempat yang membelenggu mereka setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Serendah di sini.

Pembangkang mendakwa pelantikan APCO sebagai syarikat perunding komunikasi negara boleh mendedahkan keselamatan negara kepada pihak luar. — Bernama

Anwar;Allah takdirkan 'Projek 16 September tak jadi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.





Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.


"Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.

Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.



"Bagaima
napun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.

Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.



Anwar menjela
skan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.

"Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan Israel sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.





Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".


Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".

Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"

"Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin

JAIS di Tempelak

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul




am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".


"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.








"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.


Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.


JAIS ditempelak

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.





"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.


Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Friday, April 23, 2010

Heret Anwar Jawatankuasa Hak takut APCO Terdedah

PULAU PINANG, 23 April: Tindakan Umno mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah satu perancangan yang telah dilakukan bagi tujuan untuk mematahkan usaha Anwar mendedahkan segala kebenaran yang jelas terbukti dijalinkan oleh kepimpinan negara dengan APCO Worldwide yang mempunyai hubungan dengan zionis Israel.

Menurut Timbalan Pengerusi Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin, apa yang direncanakan oleh Umno/BN untuk menyekat kebebasan yang ada pada Ketua Pembangkang.

Katanya, ia juga bagi mengaburi mata rakyat seolah-olah Anwar berada di pihak yang salah walaupun pada hakikatnya kebenaran yang dibawa oleh Anwar itu adalah satu pendedahan yang jelas dan nyata.

"Kita juga hairan dengan tindakan pemimpin BN yang begitu gentar dan takut apabila isu APCO Worldwide ini mendapat pendedahan yang meluas di kalangan rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang lebih menimbulkan keraguan kenapa mereka mesti melenting dan melatah sehinggakan membawa usul di Parlimen bagi menyekat kebebasan yang ada pada seseorang Ahli Parlimen mendedahkan keburukan demi kebaikan rakyat dan negara ini.

Menurutnya, itu bukti jelas bahawa Umno dan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak layak untuk menerima sokongan daripada rakyat negara ini bagi meneruskan pemerintahan dalam negara.

“Sejajar dengan itu maka rakyat haruslah menolak Umno dan BN daripada terus menipu mereka dengan pelbagai akta dan sistem undang-undang yang tidak adil yang mereka ciptakan semata-mata untuk manfaat mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Dewan Rakyat yang meluluskan usul membawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam.

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran