Followers

Tuesday, April 20, 2010

DAP umum calon pilihanraya kecil Sibu 27 April

KUALA LUMPUR, 20 April — Pakatan parti pembangkang Sarawak akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 27 April ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pengumuman calon itu akan dilakukan pada satu majlis makan malam dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di Sibu, kata Lim pada satu sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa DAP akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, pada 9 April kerana barah hati.

“Kempen pilihan raya kecil itu akan diketuai DAP kerana calonnya adalah daripada parti itu dan SNAP kini menyertai parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyar (PKR)-PAS, menjadikan gabungan parti 3+1 bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

“Misi kami adalah untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu,” kata Anwar, yang juga Penasihat PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 8 Mei manakala pengundian diadakan pada 16 Mei. — Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran