Followers

Tuesday, April 13, 2010

BN serang Zaid kerana bukan anak tempatan 'DI MANA SLOGAN 1MALAYSIA'

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan 'anak tempatan' berentap dengan 'muka lama' bagi merebut kerusi berkenaan.

Barisan Nasional dipercayai akan berkempen dengan mendakwa hanya anak tempatan yang mampu memperjuangkan masalah Hulu Selangor berbanding dengan Pakatan Rakyat yang hari ini menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka.

Zaid yang berasal dari Kelantan dipercayai akan ditentang oleh calon BN, Datuk G Palanivel yang juga merupakan bekas ahli parlimen kawasan itu selama empat penggal.

Ketika dihubungi, ketua pembangkang dewan undangan negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata keputusan PKR meletakkan Zaid sebagai calonnya akan memberi kelebihan kepada BN.

“Beliau bukan anak tempatan, lebih-lebih lagi beliau adalah muka baru kepada Hulu Selangor dan juga dalam partinya sendiri.

Namun demikian, bekas menteri besar Selangor yang ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu berkata BN tidak menyerang peribadi lawan mereka.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran