" Kamal, Alan dan Nathan," katanya yang berjuang untuk semua kaum.
Kamalanathan adalah atara empat calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Beliau akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid ibrahim dan dan dua calon Bebas - VS Chandran dan Johan Mohd Diah.
Bercakap kepada pemberita, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berharap persaingan empat penjuru itu tidak akan menjejaskan peluang BN.
Katanya, BN tidak bimbang kerana calonnya mempunyai rekod yang bersih, kuat bekerja dan mempunyai kelayakan sewajarnya.
Kamalanathan juga, tegas Muhyiddin, adalah seorang budak kampung dan bukan berasal dari keluarga yang kaya.
Sementara itu, Kamalanathan pula berkata, beliau akan berusaha meyakinkan rakyat supaya memberi kemenangan kepada BN," katanya.
Sementara itu, Bernama pula melaporkan, parti-parti komponen BN yakin pemilihan Kamalanathan sebagai keputusan yang tepat dalam usaha untuk menawan kembali kerusi berkenaan.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata BN mempunyai peluang lebih cerah untuk menang berdasarkan kehadiran kira-kira 10,000 penyokongnya yang cukup bersemangat pada proses penamaan calon hari ini.
"Saya yakin kami akan memenangi pilihan raya kecil ini. Apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah memastikan kami terus mendapat sokongan baik," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon pagi ini.
Menurutnya, MCA akan turun habis-habisan bagi menyokong calon BN, terutama di semua 13 kampung baru di kawasan Parlimen berkenaan dan semua pemimpin parti itu telah diminta memberi tumpuan terhadap kawasan berkenaan sepanjang tujuh hari tempoh berkempen.
"Kami yakin dengan sokongan yang diterima daripada semua cawangan MCA di sini, kami akan mendapat sokongan rakyat kali ini," katanya.
Liow berkata antara petanda kemenangan BN ialah rakyat menyambut baik konsep 1Malaysia kerana mereka sukakannya.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata jentera BN sentiasa bersemangat tinggi dan pemilihan Kamalanathan sebagai calon amat mereka senangi kerana ia memberi nafas segar kepada parti gabungan itu.
"Justeru, kami akan bekerjasama rapat dengan jentera itu, terutama dalam menyelesaikan isu dan masalah yang disuarakan oleh penduduk tempatan," katanya.
Dr Koh juga berkata beliau mendapati sentimen pengundi telah berubah sejak beberapa minggu lepas, tetapi jentera BN akan terus bekerja keras bagi meyakinkan mereka supaya memberi undi kepada Kamalanathan.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata keputusan BN meletakkan muka baru sebagai calonnya menjadikan parti itu lebih disenangi rakyat dan parti gabungannya.
"Beliau (Kamalanathan) adalah pilihan terbaik kami dan barisan pemimpin tertinggi BN telah mempamerkan ikatan muhibbah yang tinggi apabila mereka membuat keputusan meletakkan calon baru. Saya dapat melihat semangat yang begitu tinggi dalam kalangan rakyat ketika ini, berbanding pada pilihan raya umum lepas," katanya.
No comments:
Post a Comment