Followers

Monday, May 31, 2010

MAHU TAK MAHU

Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno.

Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang ...Melayu (Umno).Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),

Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,

Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam.

melayu melayu melayu

Program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang sebelum ini ditunda atas aspek keselamatan, akan diadakan pada 14 Jun ini.

Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata pengisian program itu tidak berubah daripada rancangan asal, iaitu membincangkan isu yang melibatkan kaum Melayu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada majlis itu yang akan berlangsung di Stadium Negeri dan dijangka dihadiri lebih 20,000 peserta termasuk dari luar Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Melalui program ini, beliau berharap hubungan sesama orang Melayu yang mula renggang berikutan perselisihan dalam politik akan kembali bersatu untuk kestabilan negara.

Katanya mungkin juga ada yang salah faham dengan singkatan Gertak yang digunakan, yang sebenarnya diambil daripada dialek Terengganu yang bermaksud jambatan, bertujuan menghubungkan orang Melayu walaupun berbeza fahaman politiknya.

Razali berkata pihaknya akan memohon permit daripada pihak berkuasa esok.

Katanya penyertaan terbuka kepada kaum Melayu namun Gertak tidak mempunyai sebarang masalah jika bukan Melayu ingin turut serta dalam program tersebut, dengan menghantar surat terlebih dahulu kepada penganjur. — Bernama

melayu melayu apa lagi yang hendak di perjuangkan hak-hak melayu pun tak dapat di pertahankan......makan hujung minggu pelajar asrama pun tak di bagi peruntukan...sekolah 100% pelajar melayu pun tak di bagi bantuan perkapita....biasiswa pelajar pun tak diberi (ptptn) apa lagi nak membela melayu weh.....

Sunday, May 30, 2010

umno/bn yang korup punca bangkrap


Bukan sebab subsidi negara muflis tetapi umno/bn punya angkara.dah lebih 50 tahun subsidi diberi tiba-tiba di nasihat oleh orang yang membawa MAS bangkrap pula hendak menidakkan subsidi kepada rakyat.

Bukan kerana subsidi tetapi korup punca bangkrap,apa punya umno hendak membohongi rakyat....kah kah kah masih ada pengundi-pengundi yang kena tipu hah ha ha ha

MB: Selangor tidak akan luluskan premis judi sukan




Kerajaan Selangor mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Selangor menjadi kerajaan negeri kedua Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian selepas Pulau Pinang.

Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

“Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata, langkah itu diambil kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Khalid ketika parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengambil langkah membantah tindakan kerajaan pusat memberi lesen kepada judi sukan.

Sambil membantah keputusan kerajaan pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula bulan depan, Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram.

Sebaliknya, tindakan kerajaan pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Khalid berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.

Katanya, kerajaan Selangor yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.

Saturday, May 29, 2010

Kalah hujah guna ISA mana boleh



Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyindir penggunaan Akta Keselamatan Negara (ISA), penangkapan dan penahanan musuh politik sebagai pendekatan yang digunakan oleh mereka yang ketandusan akal.

Sambil berseloroh bahawa Kelantan mempunyai KTC (Kelantan Trade Centre), berbanding PWTC (Putra World Trade Centre, juga ibu pejabat UMNO), Menteri Besar Kelantan ini berkata, "Bersaing (itu) fikrah manusia..."

"Kita bersaing (dalam politik)...tapi jangan guna ISA, jangan tangkap orang..."kata beliau sebelum menamatkan amanat ringkasnya yang disampaikan kepada lebih 300 orang anggota Angkatan Muda Keadilan, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, tengahari ini.

Dalam amanat ringkasnya kira-kira lima minit, Nik Aziz mengimbas sejarah bagaimana Nabi Muhammad membuat perjanjian dengan musuh tradisi, Yahudi. Nik Aziz menjelaskan selanjutnya bahawa umat manusia sekadar penumpang di bumi, maka perlu membuat persetujuan politik agar membentuk satu suasana yang aman untuk kehidupan.

"Kita pijak bumi orang lain, bukan kita buat, Allah buat. Kita bernafas dengan udara yang orang lain buat, Allah yang buat. Dalam udara yang kita bernafas ini lengkap dengan asam garam untuk membolehkan jantung kita, paru-paru kita hidup. Ada nama oksigen, ada nama nitrogen...semua ramuan ini Allah yang bacuhkan...," katanya.

Nik Aziz turut menjelaskan bagaimana PAS sebagai parti politik membuat perjanjian dengan Barisan Nasional, Semangat 46 dan kini bersama Pakatan Rakyat. Beliau menyangkal tuduhan UMNO yang menyelar PAS kerana bekerjasama dengan DAP, sedangkan UMNO pula bekerjasama dengan MCA.

Rakyat diugut tolak subsidi

Sementara rakyat diugut untuk menolak subsidi agar tidak menyusul jejak Greece yang bankrap, muncul pula seorang pemuda berumur 20-an tahun yang membelanjakan USD 50 ribu hingga 60 ribu secara biasa saban hari, dedah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd.Akin.

Shamsul Iskandar (gambar kanan) memetik laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail, bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD 50 ribu hingga 60 ribu, atau RM 170 ribu ke RM 205 ribu setiap hari.

Menurut Shamsul Iskandar, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun.

Malah, Shamsul Iskandar mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana royalti minyak itu benar atau tidak.

Demikianlah pendedahan Shamsul Iskandar ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, Kelantan, hari ini. Beliau mengulas selanjutnya dalam sidang media yang diadakan selepas itu.

bukan bankrap sebab subsidi,sebab pemimpin korup

"Negara bukan bankrap sebab subsidi rakyat, sebab pemimpin korup," Shamsul Iskandar lantang menyangkal kenyataan Pemandu Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala semalam, yang meramalkan Malaysia akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun yang akan datang seandainya subsidi kerajaan diteruskan.

"...dan pemimpin korup akan kita tolak dalam pilihan raya umum akan datang!" Kata-katanya menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 400 orang, termasuk 328 orang perwakilan AMK.

Shamsul Iskandar menyusul dengan gesaan agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada Jho Low proksi kepada sesiapa.

Bukan itu sahaja, Shamsul Iskandar juga menggesa agar SPRM menyiasat bekas PM Mahathir Mohamad, yang dituduh oleh Barry Wain dalam bukunya, Malaysian Maverick bahawa RM 100 bilion terhangus dalam zaman pemerintahan PM keempat kerana rasuah. Ketua AMK ini turut mendesak agar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disiasat kerana hubungannya dengan APCO.

Shamsul: Ezam ketua pelacur politik

Ketika mengulas fenomena "lompat parti", terutamanya Mohd.Ezam Mohd Nor (gambar bawah) yang kini kembali ke pangkuan UMNO, Shamsul Iskandar secara terbuka membidas, "Nafsu mendorong mereka (UMNO-BN) untuk percaya bahawa gerakan ini akan tersungkur apabila pengasas dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan belot. Mereka lupa bahawa perjuangan kita ini berpaksikan nilai dan bukan bertuhankan manusia."

Beliau menyambung, "Hakikatnya pemimpin datang dan pergi. Tetapi perjuangan berpaksikan nilai akan kekal. Kita telusuri sejarah perkembangan Islam di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad salaLlahualaihiwassalam sebagai iktibar. Islam tidak terhenti dan terkubur apabila Rasulullah wafat. Malah jauh sebelum pemergian baginda, apakala khabar angin tersebar ketika Perang Uhud bahawa Rasulullah telah terbunuh, Allah menurunkan ayat 144, Surah Ali-Imran yang bermaksud:

'Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian kalau beliau pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah)?...'"

Shamsul Iskandar menjelaskan, apabila tiba Rasulullah benar-benar wafat dan ada di kalangan para sahabat yang tidak dapat menerima hakikat tersebut, maka Saidina Abu Bakar as-Siddiq memberikan mereka peringatan daripada ayat tersebut.

Sambil menggelar Ezam (gambar kanan) sebagai "ketua pelacur politik", Shamsul Iskandar berkata, "Tidak semua ahli parti yang bersama dengan perjuangan ini kekal sehingga ke hari ini. Ada yang digoda harta dunia dan ada yang tertekan akibat beban sejarah, lantas memilih untuk menjadi pelacur politik."

"Angkatan Muda Keadilan tidak akan melupakan mereka, tidak akan memaafkan mereka. Kita percaya rakyat juga akan menghukum mereka," katanya.

NAJIB BONEKA SINGAPURA ?


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, isu berkaitan Malaysia dan Singapura boleh diselesaikan secara berperingkat melalui keyakinan yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Beliau berkata, persetujuan Malaysia membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura, dan memindahkan stesen KTM ke Woodlands adalah penyelesaian penting yang menguntungkan kedua-dua negara.

"Ini merupakan isu legasi, tapi yang paling besar ialah isu ini... saya percaya jika kita ada keyakinan antara satu sama lain, perkara lain boleh kita atasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini semalam.

Najib yang juga Presiden Umno mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berharap sepatutnya lawatan tiga hari Najib ke Singapura Sabtu lepas telah dapat menyelesaikan semua masalah terutamanya berkenaan isu jambatan memandangkan lalu lintas di Tambak Johor semakin sesak.

Dr Mahathir berkata antara isu yang belum disentuh adalah air selepas tamat perjanjian pada 2011 dan soal jambatan baru.

Bagaimanapun Najib berkata, beliau yakin isu-isu lain yang belum diselesaikan itu dapat diatasi secara berperingkat.

"Kita lihat ini (isu jambatan dan air) secara berperingkat, dalam satu pertemuan kita tak boleh selesaikan segala-galanya.

"Tapi kalau kita tak dapat atasi, ia tak seharusnya dijadikan sebagai hambatan untuk kita memajukan hubungan dua hala sebab mungkin kita ada perbezaan pendapat antara kedua-dua negara," katanya.

Pertemuan Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju supaya satu sistem transit laju antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura dimajukan secara bersama.

Sistem ini akan digabung dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baru dan Singapura, dan untuk kemudahan orang ramai, sistem transit ini akan mempunyai kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) bersama di Singapura, di satu kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.

RAKYAT DI DAHULUKAN BAYAR HARGA MAHAL ?




Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi, iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Cadangan itu dibuat pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.

Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan juga dijangka akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaimanapun belum ada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan bertindak dalam jangkamasa terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu juga membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada

2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan - semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

BILA ADA KUASA PAKATAN RAKYAT BOLEH ?


PAS menyokong keputusan dan tindakkan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Petaling Jaya, Selayang dan Ampang Jaya yang tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp yang mendapat lesen judi tersebut dari Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Menteri Kewangan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media. oleh Roziyah Mahamad



Bila sudah ada kuasa walaupun kerajaan umno/BN meluluskan lesin judi kerajaan pimpinan pakatan rakyat boleh menghalang judi dilaksanakan dengan tidak memberi lesin permis perjudian beroprasi....

Thursday, May 27, 2010

UMNO yang patut dipantau




Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al Arqam (Al Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada UMNO juga. Ini kerana UMNO sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al Arqam.

Kenyataan ini berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke -3 di Putrajaya tempohari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

"UMNO yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dengan memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja,"kata ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi dalam kenyataannya.

Menurut beliau, Kerajaan Malaysia yang mana Umno merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada BERJAYA Group yang bukan sahaja untuk Pertandingan Piala Dunia 2010 tetapi berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan keatas 4 liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn.Bhd. juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn.Bhd.

"Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?" soal beliau.

Beliau juga mempersoalkan dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud yang datang daripada mulut mereka yang mengaku Ahli Umno.

"Mempertikaikan hukum Allah swt jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar.

"Jika dikatakan konsert khas anjuran Al Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempohari? Bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung? Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah," tegas beliau.

Menurut beliau yang mewakili DPPP menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik UMNO/BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini," kata beliau.

Wednesday, May 26, 2010

ada bincang kenaikan harga barang tetapi belum buat keputusan ?

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan rancangan kerajaan untuk memotong subsidi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Perkara itu tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters lewat petang ini, yang memetik sumber, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ada membincangkan perkara berkenaan tetapi tidak memutuskan berhubung methodology ataupun menetapkan jangkamasanya.

Menurut laporan itu, keputusan kerajaan tidak dijangkakan dalam masa terdekat ini.

“Kita masih terpaksa menunggu maklum balas daripada orang ramai dan membincangkan lanjut bagaimana cadangan berkenaan boleh diselaraskan sebelum dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Reuters.

Kos subsidi negara ini mencecah RM74 bilion tahun lalu manakala kadar defisit dicatatkan pada kadar paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

Tuesday, May 25, 2010

terima kasih umno/bn


Rakyat Malaysia dijangka akan terus dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengurus kewangan negara dengan telus apabila Kabinet dikatakan akan meluluskan pemotongan subsidi ke atas barangan keperluan asas dalam mesyuarat Kabinet esok.


Pemotongan subsidi bermakna harga barangan tersebut akan melonjak dan antara barangan asas yang disebut-sebut akan terbabit dalam kenaikan harga termasuk petrol yang bakal dinaikkan daripada RM1.85 seliter kepada RM2.00 dan gula daripada RM1.75 sekilo kepada RM2.00.


Mesyuarat mingguan Kabinet esok dijangka akan membincangkan serta meluluskan usul mengenai pemotongan rejim subsidi ke atas beberapa keperluan asas termasuk minyak, gas asli, gula, tepung dan tol lebuh raya.


Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata beliau menentang sebarang kenaikan harga kerana yang terpaksa menanggung beban adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.

kah kah kah

jika benar ini yang terjadi maka untung le orang melayu

yang jadi ahli umno kerana mereka dapat keistemewaan sebab

mereka ada kad keahlian umno

ka ka ka kah kah umno umgokkah

JUDI...JUDI....umno tetap sokong


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal diatas kegagalan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak untuk hadir bersama-sama dengan seluruh rakyat yang berhimpun membantah kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia oleh Kerajaan Pusat kepada Berjaya Group.

"Walaupun ada membuat kenyataan sokongan terhadap bantahan di dalam media tetapi tidak langsung menjawab surat jemputan yang telah di sampaikan oleh DPPN Pk untuk bersama dalam himpunan aman bagi melahirkan rasa kesal dan bantahan terhadap isu tersebut," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan media kepada erapakatan.

Beliau yang mewakili DPPN Pk melihat, Pemuda Umno Perak begitu takut untuk menzahirkan bantahan atau menyatakan sokongan terhadap himpunan tersebut tidak sepertimana Gagasan Melayu Perak (GMP) yang telah menghubungi DPPN Pk menyatakan sokongan himpunan bantahan dan mengarahkan Ahli-ahlinya untuk hadir bersama-sama.

"Inilah sikap sebenarnya Pemuda Umno Perak yang tidak langsung sensitif terhadap kelulusan lesen judi bolasepak tersebut dan sanggup menjadi seorang muslim yang dayus dan pengecut dalam isu-isu yang berkaitan Islam," kata beliau lagi.


kah kah kah


penyokong umno umpama ayam daging sebakul


kah kah kah

MIC bercakar UMNO gelisah


Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggesa MIC menyelesaikan masalah dalamannya secepat mungkin agar ia tidak melemahkan jentera Barisan Nasional (BN).

Gesaan ini dibuat ketika BN sedang berusaha untuk pulih daripada prestasi buruk dalam pilihan raya umum 2008.

MIC, antara parti komponen BN yang banyak kehilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac 2008.

Datuk Seri Najib Razak berharap kemelut yang sedang berlaku dalam MIC, salah sebuah parti komponen BN dapat diselesaikan.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata kemelut dalam MIC kini semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu yang berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

“Perkara ini (kemelut kepimpinan MIC) harap dapat diselesaikan oleh MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai, Johor Baru hari ini.

Dipetik Bernama, Pengerusi BN ini berkata apa yang penting adalah MIC sebagai salah sebuah parti komponen BN perlu turut memainkan peranannya untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.


kah kah kah


rakyat dah menyampah lakonan mereka........

Monday, May 24, 2010

K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.

Sebelum itu, Mahfuz dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.

Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.

Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.

Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.

Sunday, May 23, 2010

RAKYAT DI DAHULUKAN,JPJ cadang kompaun RM300 minimum




Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan berkata cadangan itu termasuk dalam pindaan Akta JPJ 1987 yang akan dibentang di Kabinet pada Jun ini.

"Jumlah RM300 adalah kompaun maksimum yang dikenakan mengikut akta sekarang, dan dengan pindaan kelak jumlah kompaun minimum bermula dari RM300," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang, di Besut, hari ini.

Solah berkata langkah itu adalah susulan cadangan pihaknya mengenakan penalti kepada pesalah trafik yang lewat menjelaskan kompaun dan akan dilaksana selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Beliau bagaimanapun menegaskan langkah mengenakan penalti minimum RM300 kepada pesalah ingkar bukan bertujuan meningkatkan kutipan.

"Kita mahu mendidik masyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Pengguna jalan raya jangan lakukan kesalahan jika tak nak bayar kompaun atau denda," katanya.

Beliau berkata masih ada 16.9 juta saman dari tahun 2000 hingga 2008 yang belum dijelaskan dengan nilai kompaun dianggar mencecah RM2.5 bilion.

Selain itu JPJ juga mencadangkan kadar kompaun baru bagi setiap kesalahan trafik selain memansuhkan pemberian diskaun, katanya.

"Untuk pemandu semua jenis kenderaan yang melakukan kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas seperti memotong barisan dan kesalahan yang berkait dengan perkhidmatan seperti teksi yang tidak menggunakan meter, JPJ mencadangkan kadar kompaun sebanyak RM300 untuk tempoh
sehingga 60 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan," katanya.

Bagi kesalahan yang berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal kepada kenderaan yang menyumbang kepada kemalangan seperti tiada lesen memandu dan berhenti di petak kuning, kompaun adalah RM200 (kurang 30 hari) dan RM300 untuk tempoh sehingga 60 hari.

"Manakala untuk motosikal di bawah 250cc yang melakukan kesalahan demikian bakal dikenakan RM150 (bagi tempoh 30 hari) dan RM200 (60 hari dari tarikh saman dikeluarkan).

"Untuk kesalahan pasif seperti lampu tidak menyala, lampu brek tidak berfungsi yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, pemandu semua jenis kenderaan dikenakan RM150 (30 hari), dan RM200 (30-60 hari). Untuk motosikal bawah 250cc, sebanyak RM100 dikenakan untuk tempoh 30 hari dan RM200 (30 hingga
60 hari)," katanya.

Bagi lain-lain kesalahan termasuk lesen memandu tamat tempoh, pemandu semua jenis kenderaan akan dikenakan RM70 (30 hari) dan RM150 (30 hingga 60 hari) sementara motosikal bawah 250cc RM50 (30 hari) dan RM100 (30-60 hari).

Solah berkata jumlah kompaun juga akan diseragamkan antara JPJ, polis dan pihak berkuasa tempatan.

-- Bernama

Saturday, May 22, 2010

DUN Kerdau berpeluang jadi anak emas ?

ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

laporan SINAR mengelirukan dan tidak betul.-Nizar



"Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.

"Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi media.

Beliau sebelum itu diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" jelas beliau.

Beliau berkata,tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar harian.

"Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

Bagi Nizar tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan berbau fitnah yang perlu diperbetulkan segera.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Friday, May 21, 2010

pemberimilik tanah,orang asli kecewa menteri luar bandar



Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) hari ini menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi menolak sekeras-kerasnya Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan kerajaan pada 4 Dis tahun lepas.

Penyelaras JKOASM Tijah Yok Chopil mendakwa dasar tersebut digubal dan diluluskan tanpa berunding dengan masyarakat Orang Asli terlebih dahulu.

“Kerajaan hanya menumpukan pelaksanaan dasar ini tetapi tidak fokus untuk memberi penjelasan dan mendengar maklum balas Orang Asli dari pelbagai peringkat. Apa yang dibuat adalah berkempen supaya Orang Asli menerimanya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

JKOASM turut menolak hasil bengkel kajian semula dasar tersebut yang diadakan pada 6 April lepas dan sebarang cadangan pindaan terhadap Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang dijangka dibentang di Parlimen Jun depan.

Tijah berkata bantahan tersebut disuarakan kerana dasar pemberimilikan tanah itu tidak menurut intipati dan niat ikhlas gagasan 1Malaysia.

Justeru, JKOASM mendesak dasar itu dimansuhkan selain mewartakan hak wilayah tanah adat Orang Asli sebagai Rizab Orang Asli.

“Apa yang kami mahukan adalah kerajaan datang dan berbincang dengan pihak Orang Asli sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini kerana selepas hampir 53 tahun merdeka, Orang Asli masih ramai yang hidup dalam kesusahan dan tidak maju seperti yang diuar-uarkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan dapat memberi penjelasan dan berbincang dengan Orang Asli dalam merancang dan melaksanakan sesuatu, ia pasti dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

JKOASM mewakili hampir 30,000 Orang Asli yang berdaftar di enam negeri iaitu Perak, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. — Bernama

ura-ura jadi calon h.s'gor kini di pecat daripada ahli MIC

Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan dipecat daripada parti itu.

Menurut ketua pemuda MIC, T Mohan, pemecatan Mugilan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel.

Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu.

Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya.

Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya.

Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu.

Katanya, keputusan menyingkirkan Mugilan itu dibuat berdasarkan dua faktor.

"V Mugilan mendakwa bahawa Datuk Seri Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India. Kedua, tindakan Mugilan berkempen demi kepentingan dirinya yang bertentangan dengan hasrat parti sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor," kata Mohan ketika dihubungi.

Katanya, jawatan timbalan ketua pemuda akan dikosongkan sehingga pemilihan parti itu yang dijadualkan pada tahun 2012.

Desas-desus Mugilan akan disingkirkan bertiup kencang sejurus sebelum pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.

MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel di kerusi berkenaan tetapi ia ditolak oleh ahli akar umbi Barisan Nasional, khususnya Umno yang mendakwa timbalan presiden kurang berupaya.

Sebaliknya nama, Mugilan dicadangkan tetapi timbalan ketua pemuda MIC itu ditolak oleh partinya dan sebagai kompromi ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dicalonkan.

Sejak itu, Mugilan yang kecewa terus membidas presidennya dan mendesak pemimpin yang telah menguasai MIC hampir 31 tahun supaya berundur.

Thursday, May 20, 2010

himpunan bantah judi seluruh negara esok



PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

hulu selangor by-election nomination 170410 hadi awangPresidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".

Menurutnya, demontrasi itu dijangka turut dihadiri kepimpinan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kerajaan secara rasmi dilaporkan memberi lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA.

TindakaNONEn itu dibantah pelbagai pihak, khususnya termasuk pakatan pembangkang dan NGO Melayu-Islam di Malaysia.

Sementara itu, Di Perak, Naib Ketua Pemuda PAS negeri Salman Salleh berkata kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri demontrasi di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh bagi membantah keputusan kerajaan itu.

Umno juga dijemput

"Semua pertubuhan termasuk Umno, Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO dijemput bersama kita untuk menzahirkan bantahan pemberian lesen judi," katanya.

NONEMenurut Salman, demonstrasi itu akan diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri, Zawawi Hassan.

Di Negeri Sembilan, dijangka 1,500 orang akan menyertai demontrasi di Masjid Negeri Sembilan dekat Seremban selepas solat Jumaat.

Ketua Pemudanya Khairil Anwar Mohd Wafa berkata pihaknya turut menjemput pemimpin Pemuda Pakatan yang bukan Islam, termasuk Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

"Kita tidak pohon permit, kalau hendak tangkap, tangkaplah. Kita buat perhimpunan aman. Dulu masa (demonstrasi) membantah (firma perundin) Apco Worldwide tiada tangkapan pun," kata Khairil Anwar.

Di Pulau Pinang pula ketua Pemuda PAS Mohd Yusni Mat Piah berkata pihaknya menganjurkan demontrasi esok di hadapan Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat.

Perhimpunan aman tersebut dijangka seramai 1,000 penyokong Pemuda Pakatan, tambahnya.

Demonstrasi di 22 kawasan PAS

Di Selangor pula keadaan agak berbeza apabila tiada demonstrasi di peringkat negeri dianjurkan PAS.

Ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata Pemuda PAS negeri telah mengarahkan 22 Pemuda kawasan mengadakan demontrasi itu sama ada esok atau Jumaat depan.

pas demonstration article 121 200106"Setakat ini Pemuda PAS kawasan Hulu Langat akan mengadakan demontrasi membantah keputusan kerajaan itu esok," katanya.

Hasbullah berkata, dijangka kira-kira 200 orang bagi setiap kawasan akan hadir dalam demontrasi itu.

Menurut pemimpin negeri yang dihubungi, kesemua perhimpunan esok dijalankan tanpa memohon permit polis kerana "ia adalah satu perhimpunan aman".

Difahamkan, pembangkang di negeri-negeri lain, Perlis, Kedah, Pahang dan beberapa kawasan di Selangor akan mengadakan demontrasi itu Jumaat hadapan.

Kemuncak kepada siri demonstrasi tersebut akan dilaporkan diadakan pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Wednesday, May 19, 2010

mampu tersenyum walaupun di denda

Peguam itu mengemukakan permohonan penangguhan berkenaan memandangkan Bung Moktar berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya dipenjarakan.

Wan Mahyuddin pada penghakimannya berkata, keputusan mahkamah hari ini dibuat dengan mengambil kira hujah mitigasi daripada peguam dan juga pendakwa.

Bagaimanapun, mahkamah bersetuju dengan pandangan supaya hukuman dibuat dengan mengambil kira kedudukan Bung Moktar dan Zizie sebagai tokoh yang dikenali masyarakat.

Tambahnya, hukuman yang dikenakan kepada wali dan saksi itu juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai peraturan perkahwinan.

Katanya, hukuman juga diberikan dengan setimpal dan seadilnya memandangkan perkahwinan itu didaftarkan secara tidak sah.

"Jika wali dan saksi tidak mengikut peraturan, boleh dianggap menjalankan pernikahan sindiket," katanya.

Tambahnya, pembelaan juga gagal membuktikan sama ada perkahwinan kedua Bung Moktar merupakan sesuatu yang patut dan perlu.

Katanya lagi, hukuman di mahkamah syariah perlu dinaikkan, memandangkan had hukuman denda maksimum sebanyak RM1,000 menyebabkab masyarakat tidak menghormati undang-undang syariah.

Tuesday, May 18, 2010

$$$$$ RM RM RM kaya dah


dengor ceritanya...kedua-dua mereka ni tolak jawatan EXCO
dan tidak akan masuk umno..
kekal sebagai adun bebas..


ni yang buat zambry serta kuncu-kuncunya mula panas hati..
tawaran "dato" pun diorang tolak..
selagi deme berdua ni "bebas"..


semakin "bebas"lah deme untuk buat apa saja..
dan semakin "bebas" untuk mintak apa saja...
bukan senang nak bela deme berdua ni..
jawapan mudah mereka kepada puak-puak ni..


kamu jadi mb sebab aku..
bn dapat perak sebab aku..

jadi..apa aku nak...???

serah telaga minyak punca BN kalah ?

PAS menyifatkan "kemarahan dan kebencian" pengundi di Sibu sebagai punca utama BN tumbang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam.

"Isu-isu seperti kerugian Sime Darby, Pos Malaysia dan berbagai lagi termasuk penyerahan dua telaga minyak yang sepatutnya memberi hasil royalti kepada Sarawak dan Sabah.

"Kalau 320 bilion hasil yang ada pada telaga itu, Kalau 5 peratus, (maka) jadi 16 bilion akan diperolehi. Jadi ia satu kerugian yang besar kepada Sarawak dan Sabah," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena juga kesal dengan penyerahan telaga tersebut kepada Brunei yang sudah terkenal dengan hasil minyaknya.

Beliau mengulas faktor kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat pada sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.


Dalam pilihan raya tersebut, calon DAP, Wong Ho Leng, menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.

Mengulas lanjut, Mahfuz (atas, tiga dari kiri) juga menempelak kerajaan kerana tidak bertegas untuk menuntut kedaulatan kawasan minyak itu yang dikatakan kawasan pertindihan.

Beliau mempersoalkan sekiranya ia merupakan kawasan pertindihan, mengapa kerajaan tidak mempertahankan kedaulatannya dengan merujuk kepada Mahkamah Antarabangsa seperti pertikaian Pulau Batu Putih.

"Sedang ini adalah dua telaga minyak, yang dikatakan bertindih oleh kerajaan, yang mempunyai hasil yang lumayan. Sepatutnya diperolehi negara. Kita tidak pertahankan sehingga ke Mahkamah Antarabangsa. Ini sangat memalukan negara," katanya

Selain itu, Mahfuz yang juga mendakwa kegagalan kerajaan negeri Sarawak untuk menyelesaikan masalah tanah di kalangan Melayu, turut menjadi faktor kemenangan DAP dan Pakatan.

Beliau juga menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu adalah satu permulaan untuk menghapuskan bahawa negeri tersebut merupakan "simpanan tetap dan talian hayat" kepada BN dalam pilihan raya.

"Dahulu ia dijadikan simpanan tetap untuk terus berkuasa. (Kemenangan) Ini satu permulaan kepada Sarawak yang akan menghadapi pilihan raya kecil negeri dan pilihan raya umum di peringkat nasional.

"(Selepas ini) Ia tidak akan menjadi satu simpanan tetap kepada BN. Ini merupakan satu perkembangan agak baik," katanya.

Katanya, walaupun Pakatan kalah di peti undi Hilir Nangka yang majoritinya adalah pengundi Melayu tetapi terdapat peningkatan jumlah undi Melayu yang diperolehi di kawasan tersebut.

"Kesediaan pengundi Melayu, yang bukan sahaja bersama dengan PAS tetapi bersama DAP telah menunjukkan satu perubahan baru di Sarawak untuk politik Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, kata Mahfuz, berdasarkan perkembangan tersebut, PAS akan membentuk satu jawatankuasa penaja bagi menubuhkan PAS di kawasan tersebut.

Katanya PAS pusat akan berbincang dengan PAS negeri berhubung perkara tersebut selepas Muktamar PAS yang dijadual berlangsung bulan hadapan.

pengundi bandar cerdik kata PM











Barisan Nasional (BN) akan mengkaji kesan gelombang perubahan di bandar yang dilihat sebagai antara punca calonnya tewas mempertahan kan kerusi Parlimen Sibu, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.

“Tapi gelombang perubahan di bandar yang kita selalu sebut itu satu fenomena yang perlu kita kaji dan mengetahui sebab musababnya berlakunya fenomena ini,” kata Perdana Menteri.

Pengerusi BN ini yang turut berkempen pada pilihan raya kecil itu berkata, satu daripada faktor yang beliau lihat menyumbang kepada kekalahan BN ialah cara jentera BN yang masih bergerak pada kaedah dan cara lama.

“Sepatutnya mereka perlu lebih kreatif dan bertenaga lagi,” kata Najib selepas memberikan ucapan khas pada mesyuarat pertama Forum Pegawai Institusi Kewangan dan Monetari di Bank Negara Malaysia di sini.

Najib berkata, BN di semua peringkat termasuk bahagian dan negeri perlu menggunakan kekalahan ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk melakukan pembaharuan yang perlu.

“Kerana salah satu daripada kekuatan BN selama ini ialah jenteranya tapi kalau lah jentera BN ini kurang bertenaga dan kurang dari segi kretivitinya, maka kita agak kehilangan kelebihan kita,” kata beliau dipetik Bernama.


kah kah kah

jentera BN ke,guna jentera kerajaan

kah kah kah

pengundi bandar cerdik

bagi benda ambil undi hak demer

tak macam pengundi kampung aku

dapat benda semua jadi baik di pangkahnya BN

watak penyumbang bn tumbang


Salam perubahan sahabat-sahabat yg dikasihi dan dimuliakan...sudah diketahui umum BN tumbang dan kecundang baham tanah di Sibu...jutaan kalung tahniah pada warga Sibu kerana menolak politik wang dan politik taburan janji serta politik ugut tetapi sanggup menerima politik perubahan..warga Sarawak amnya dan Sibu khasnya semenajk tahun 2006 adalah perintis kpd politik tsunami yg kini sedang melanda ke Semenanjung Malaysia.. jika dihalusi kesemua keputusan PRK selepas PRU 12 Mac 2008 yang lalu nampaknya status qou terhadap pandangan dan sokongan rakyat kpd Pakatan Rakyat tetap utuh dan tidak berganjak walaupun di gembar gemburkan kononnya ahli-ahli PKR berduyun2 keluar parti...untuk PRK P 212 Sibu perlu kita tahu siapakah watak-watak utama yg menyumbang besar tumbangnya BN sampai baham tanah di Sibu...


1) DS Rosmah dgn bernyanyi karaoke sebab katanya beliau tidak pandai berpidato... masalahnya beliau juga tidak pandai bernyanyi.. muhahahahahaha..

2) DS Najib Razak dgn taburan jutaan ringgit untuk sekolah Cina, Gereja dan projek penyelesaian banjir diikuti dgn kata2 " SAYA TOLONG AWAK, DAN AWAK MESTI TOLONG SAYA"..memang mrk tolong sungguh.. tolong tumbangkan cepat2 calon SUPP/BN... hohohohohoho....

3) TS Muhyiddin Yassin dgn sombong dan angkuh ckp PKR ertinya Parti Kian Runtuh... skrg siapa yg mula runtuh....muhahahahahahaha...

4) Awang Adek dan Rahman Dahlan... pasal lulus dan sokong judi bola...warga Sibu tolak BN kerana tak mau memperjudikan nasib mrk...huhuhuhuhu..

5)Senator Ezam...kredibiliti kamu sudah dipertikaikan..kata2 kamu umpama sampah ...kini kamu dilihat sbg manusia yg paling jahat demi pangkat dan wang.. sanggup bersongkongkol dgn Saiful dan lain lain lagi yg juga terdapat dlm foto ini untuk melakukan fitnah jahat dan jijik terhadap DSAI...kamu adalah liabiliti bukannya asset pada umno/bn skrg...

6) Wee Chee Keong... keluar nya kamu dari PKR langsung tidak menjejaskan peluang DAP/PR.. jadi adanya kamu tidak menguntungkan PR tetapi ketiadaan kamu lebih memberi manafaat pada perjuangan PKR/PR...

7).. Papa Gomo atau Muhammad Norzamrizal...pemfitnah dan penipu bagi umno yg paling jahat dan jijik sekali dlm sejarah ...fitnah dan penipuan kamu memberi sumbangan yg amat besar sekali dlm hilang kepercayaan rakyat terhadap BN dan umno khususnya.. teruskan kerja-kerja jahat dan jijik kamu ini...

8)..parti umno itu sendiri.. dilihat sbg abang besar pembuli kpd parti-parti komponen BN yg lain...sikap angkuh dan sombong kebanyakkan pemimpin2 umno masih belum kelihatan untuk berubah...

9) ...slogan 1M'sia masih tidak dpt mengamit dan memukau warga Sibu khasnya dan M'sia amnya...ckp lain buatnya lain..

10)... mohon komen dan pandangan sahabat2 semua..siapakah penyumbang2 lain dan alasan2 yg konkrit yg menyebabkan BN tumbang,kecundang dan baham tanah di PRK P212 Sibu....

Monday, May 17, 2010

undi pos kira 2 kali ?




Undi pos perlu dihapuskan kerana pengamalannya yang sudah tidak relevan malah bertentangan dengan matlamat asalnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berpendapat undi pos yang digunapakai ketika hanyalah menjadi talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.

kekalahan BN di Sibu juga katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.

Menurut Nasruddin, sekalipun Barisan Nasional (BN) menang dengan mengeksploitasi undi pos ia bukan sesuatu yang hebat bagi BN malah calon BN itu tidak layak digelar wakil rakyat namun layak dipanggil wakil pos.

"Kalah malu besar kerana undi pos tidak dapat cover, dan kalau menang pun tidak hebat.

"Orang tak panggil wakil rakyat, tapi orang panggil wakil pos," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang telah menang PRK Sibu melalui calonnya, Wong Ho Leng.

Wong yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Bagaimanapun kata Nasruddin, Pakatan Rakyat tidak perlu mendabik dada malah lebih penting adalah terus berbakti kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi.

"Semoga dapat laksanakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan berbakti kepada rakyat dan tidak mendabik dada. Tugas Pakatan Rakyat masih banyak dan sukar," ujarnya.

Perkasa ambil kesempatan ?





Perkasa yang mempersoalkan sumbangan balas pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, sekali lagi mempertikaikan tahap sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) di Sibu semalam.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen.

“Pengundi-pengundi Cina tidak menghargai apa yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada mereka, misalnya menyokong sekolah vernakular dan sebagainya.

“Masyarakat Cina secara terbuka menyokong dasar DAP.

“Pengundi Cina mahukan cara Cina sendiri, meskipun Bumiputera terpaksa menelan tolak ansur yang dibuat oleh BN dalam memenuhi kehendak mereka,” katanya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, yang mewakili Perkasa iaitu pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di Malaysia sekarang, mengulas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu yang diumumkan lewat malam tadi.

Kerusi itu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat.

Di Hulu Selangor tiga minggu lalu walaupun BN berjaya merampas balik kubu kuatnya daripada PKR, tetapi merekodkan kemerosotan sokongan pengundi Cina.

Sehubungan itu, Perkasa meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan kepada masyarakat Cina.

Saranan hukuman itu tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

Bagaimanapun kata Ibrahim, keputusan semalam sebenarnya satu pengajaran kerana ia memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu selepas ini.

“Mereka tidak boleh meminda perlembagaan (negara). Jika begitu ia akan membawa kepada malapetaka,” katanya.

“Bagi saya selaku orang Melayu dan sebagai seorang Islam, ini satu hikmah pengajaran... kita akan ke depan, kita akan lihat,” katanya yang berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor tetapi tidak di Sibu.

Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.

undi pos tak membantu BN


10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONECalon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

Sunday, May 16, 2010

umno halal judi ?


Isu pemberian lesen judi oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya terus mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terbaru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan kerajaan memberikan lesen judi bagi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Jun ini.

Menurut Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma'amor Osman tindakan memberikan lesen judi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan sebarang aktiviti yang mempunyai unsur perjudian.

“Tindakan (memberikan lesen judi) ini sangat tidak wajar. Jika begitu, isu pelacuran, rasuah... juga boleh dihalalkan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kementerian Kewangan secara rasmi memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini.

Ma’amor berkata sekiranya kerajaan membenarkan lesen berjudi ini maka ia secara tidak langsung akan mencemarkan pembangunan bidang sukan di negara ini.

“Jangan cemarkan bidang sukan dengan unsur-unsur judi kerana ia tidak sihat kepada pembangunan sukan di negara ini,” katanya.

Ma'amor berkata sekiranya perjudian ini dibenarkan ada kemungkinan besar akan berlakunya rasuah dalam sesuatu permainan sukan yang dijalankan.

“Jika sesuatu kumpulan inginkan kemenangan dengan mudah mereka boleh 'membayar' kepada pihak yang bertanggungjawab kerana jika judi dihalalkan tidak salah jika rasuah juga dihalalkan.

“Sebagai rakyat biasa kita mahu mengajar perkara yang baik terutama kepada kanak-kanak kecil. Tidak mustahil akan berlakunya perjudiaan secara kecil-kecilan”, katanya.

Tegasnya, dalam Islam atau mana-mana ideologi sekalipun melarang pengikutnya berjudi.

“Malahan dalam rukun negara yang pertama ada mengatakan 'kepercayaan kepada Tuhan'. Oleh itu, bagi mereka yang berjudi adalah orang yang ingkar kepada kepercayaan Tuhan,” katanya.

Ma'amor berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan meneliti semula pemberian lesen judi itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk PAS, Umno dan beberapa NGO yang lain.

orang BANGANG takan nak terima teguran org baik
dapat menteri HAPRAK CELAKA
org lain nak elak bala allah
tpi kejadah setan umno nk undang bala allah

Pakatan Rakyat menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu

Pakatan Rakyat menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi.

Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Calon Bebas hilang deposit.

Jumlah undi rosak pula sebanyak 395.

Apabila 110 daripada 111 saluran selesai dikira, DAP mencatatkan majoriti 2,651 dengan menerima 18,775 undi manakala BN pula 16,124 undi dan calon Bebas 196.

Bagaimanapun majoriti besar DAP itu merosot kepada sekitar 398 undi selepas undi pos dikira.

Undi pos, yang lazimnya diumumkan awal iaitu sebagai saluran pertama, hanya selesai dikira sekitar pukul 10 malam dan terakhir sekali diketahui.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang pertama bagi DAP.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.

Wong, juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak, tiba di pusat perjumlahan undi bersama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang awalnya dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di sini telah membatalkan pertemuan dengan wartawan itu.

Pengumuman keputusan pilihan raya kecil ini yang agak dramatik juga menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BN supaya kertas undi dikira semula, tetapi ditolak.

Proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu ini berlangsung di Dewan Suarah di sini dan berlarutan sehingga 11 malam tadi - lewat dua jam daripada dijangkakan SPR sebelum ini.

Keadaan di pusat penjumlahan undi adalah tenang dengan penyokong parti

berkumpul sekitar dewan walaupun hujan sejak dua jam lepas.

Terdahulu keputusan tidak rasmi mendapati wakil DAP itu berada di depan selepas lebih 30 peratus saluran selesai dikira.

Sebelum itu calon BN pula mendahului DAP.

Pada satu ketika DAP mendahului BN dengan majoriti lebih 3,000 undi tetapi kedudukan itu berubah selepas undi pos mula dikira.

DAP mencatatkan kemenangan ini ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.86 peratus berbanding 67.8 peratus dua tahun lalu.

Dua tahun lalu, BN mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan DAP dan PKR.

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu selepas tempoh berkempen selama seminggu.

Sementara 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Sebanyak 10 pusat pengundian ditutup 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam (3 petang), dua (pukul 4 petang) dan baki 22 pada pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April.

DAP dahului BN 3, 944 undi - Pertanda BN akan terkirap anjing

SIBU, 16 Mei — Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP mendahului selepas lebih separuh daripada saluran selesai dikira setakat 8.20 petang tadi.

Daripada 103 saluran, DAP memperoleh 18,211 undi manakala BN menguasai 14,267 undi.

Dengan itu, majoriti DAP setakat ini ialah 3,944 undi.

Kedua-dua parti utama berhadapan dengan saingan sengit untuk menguasai kerusi Sibu.

Dalam pada itu keputusan rasmi dari pusat penjumlahan menunjukkan BN memperoleh 5,498 undi, DAP pula 4,844 dan calon Bebas hanya 53 undi.

BN merekodkan kelebihan 654 undi.

Terdahulu setakat 6.15 petang tadi, daripada 44 saluran selesai dikira DAP menerima 7,026 undi manakala BN pula 6,243 dan seorang calon Bebas menerima 52 undi.

Bagaimanapaun setakat 22 saluran selesai dikira sehingga pukul 5.30 petang tadi, BN berada di depan dengan kelebihan 1,985 undi.

Seramai 59.86 peratus atau 32,742 pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Ia termasuklah 2,537 pengundi pos.

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran