Followers

Tuesday, May 29, 2012

Legenda rock Amy Search sertai Umno


Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.

Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

-Bernama

Monday, May 28, 2012

Bukti Tok Pa pengkhianat kepada rakyat Kelantan


 Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta kepada Projek ini.

Sudah mengaku pernah menyekat sekatan ekonomi terhadap Negeri Kelantan, kini berada barisa paling hadapan apabila Kerajaan Negeri Kelantan ingin melaksanakan Projek lebuhraya tanpa TOL. Sejak RMK ke 5 lagi projek Lebuhraya untuk rakyat ini dirancang namun tidak berjaya kerana Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang zalim.

Sudahlah mempunyai Kerajaan yang zalim, ada juga rakyat Kelantan yang sanggup menjadi lembu dicucuk hidung yang menyekat dan menyindir projek ini. Sedang ini projek untuk rakyat, untuk kesenangan rakyat. Tok Pa yang menyindir bahawa projek ini hanya gimik politik. Inilah pengkhianat kepada rakyat Kelantan yang tidak mahu melihat rakyat Kelantan selesa.

Sedang anak-anak syarikat Kelantan menyumbang wang wakaf namun Tok Pa sudahlah tidak memberi apa-apan pun sumbangan bahkan menyindir pula. Inilah bukti bahawa Tok Pa hanya berkhidmat untuk Najib bukannya berkhidmat untuk rakyat.

Sebagai contoh Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta dan diikuti banyak lagi anak-anak syarikat Kerajaan negeri bahkan rakyat juga menyumbang demi rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama. Maka dengan ini, Tok Pa layak digelar pengkhianat kepada rakyat Kelantan. Sepatutya beliau sebagai Menteri kelahiran anak Kelantan, pujuklah Najib supaya lebuhraya diadakah di Negeri Kelantan, kerana hingga kini, hanya negeri Kelantan yang tidak mempunyai lebuhraya.

Jika Tok Pa rasa lebuhraya ini tidak akan siap, beranikah Tok Pa untuk bernazar akan berbogel di lebuhraya itu jika projek ini siap nanti. Sebab satu ketika pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra dahulu, ada orang UMNO yang bernazar akan berjalan bogel di Jambatan itu jika jambatan itu siap. Namun sehingga ke hari ini masih belum ada orang berbogel di Jambatan itu.

Maka dengan ini, aku cabar Tok Pa yang paling kuat menyindir dan juga pernah menyekat ekonomi Kelantan supaya membuat nazar seperti itu. Dan kepada Tok Pa juga, jangan halang untuk untuk rakyat Kelantan senang. Sudahlah kamu dulu menyekat, kini kamu nak jadi penghalang pulakah?- jeming blog

Imuniti tidak halang Najib dibicarakan di Perancis


(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 28 Mei: Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.
Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

“Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif,” katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.
Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.
Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.
Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.

“Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka,” katanya.
Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.
Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.
Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).

Lebuhraya PERCUMA di Negeri termiskin di Malaysia

 


 TG Nik Aziz menandatangani pada batu asas Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai  Lebuhraya PERCUMA tanpa Tol menggunakan sepenuhya wang Kerajaan Negeri Kelantan (negeri TERMISKIN kata Najib) tanpa sebarang bantuan dari Kerajaan Pusat.

 Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan !!

Thursday, May 24, 2012

Profesor Dr Abdul Aziz Bari,Sah masuk PKR


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada.


Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee; bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan.

Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam KEADILAN memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat.

Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu.

"Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enijn jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi.

"KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan KEADILAN," katanya pada kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN.

"Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

"Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha 'Merdeka Rakyat' dari rejim Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah lagi.
JALAN PULANG

100 pemuda bermotor ganggu rumah Ambiga


Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.


Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.




Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".


Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.



Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.




berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran