Followers

Saturday, April 24, 2010

RAIS: orang kampung bodoh?

HULU SELANGOR, 23 April — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) berkata isu-isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk isu APCO Worldwide tidak sesuai dijadikan bahan kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman.

Beliau berkata masyarakat pedalaman lebih berminat mendengar isu-isu setempat seperti pembangunan pendidikan, pekerjaan dan gaji berbanding isu nasional seperti APCO.

“Pembangkang kehilangan modal untuk berkempen. Saya berpendapat isu yang dibangkitkan pembangkang seperti isu APCO tak masuk akal. Orang tak dapat terima (isu APCO) dan ianya tidak ada kenyataan dan amalan yang menjurus ke situ.

“Orang kampung tak kisah mengenai perkara besar tetapi melibatkan isu-isu setempat yang membelenggu mereka setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Serendah di sini.

Pembangkang mendakwa pelantikan APCO sebagai syarikat perunding komunikasi negara boleh mendedahkan keselamatan negara kepada pihak luar. — Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran