Followers

Thursday, April 22, 2010

Pandikar;Desakan Karpal perkecilkan saya............macam mana pula speaker dewan di PERAK

KUALA LUMPUR, 21 April — Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata kedudukan beliau adalah sah di sisi Perlembagaan.

Menurutnya Perkara 57(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang Yang Dipertua boleh dipilih daripada kalangan anggota Parlimen atau seorang yang layak menjawat jawatan tersebut walaupun bukan merupakan anggota Parlimen.

“Saya dilantik sebagai Yang Dipertua di bawah kategori seseorang yang layak menjawat jawatan,” katanya semasa merasmikan fasa keempat Kempen Perlembagaanku anjuran Majlis Peguam di bangunan Parlimen di sini hari ini. Oleh itu adalah tidak wajar bagi seseorang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap Speaker Dewan, kata Pandikar Amin.

Katanya jika di luar negara, seorang speaker mesti dihormati dan keputusan yang dibuat mesti diterima tanpa dipersoalkan anggota Parlimen.

“Tapi di sini, anggota Parlimen, walaupun hanya seorang peguam, boleh kata speaker diktator. Ini jelas menunjukkan adanya perbezaan yang besar,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau merujuk kepada artikel di sebuah laman web yang memetik anggota Parlimen Gelugor, Karpal Singh mencabar beliau meletak jawatan sebagai speaker dan bertanding dalam pilihan raya, sebelum menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin berkata setiap anggota Parlimen perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kata-kata dan sekaligus menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata kenyataan Karpal Singh seolah-olah memperkecil dan tidak menghormati kedudukannya sebagai speaker.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Pandikar Amin berkata beliau tidak berkecil hati apabila Karpal menggelarnya diktator.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran