Followers

Saturday, April 24, 2010

BN akan laksana GST jika menang di Hulu S'gor


KUALA KUBU BHARU 23 Apr - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengingatkan pengundi Hulu Selangor bahawa Umno-Barisan Nasional akan melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang telah ditangguhkan seawal-awalnya pada bulan Jun tahun ini sekiranya calon BN memang pada pilihan raya kecil 25 April ini.

"Ini kerana kalau pengundi Hulu Selangor pilih Kamalanathan, BN akan fikir rakyat sokong mereka dan oleh kerana itu atas sokongan rakyat mereka akan laksanakan GST. Oleh kerana amat penting Zaid Ibrahim memang supaya beliau boleh terus menentang GST di Parlimen bagi pihak rakyat Hulu Selangor.

"Kerajaan Umno-BN kini telah ketiadaan wang. Jadi setiap rakyat Malaysia, samada bekerja atau tidak akan dikenakan cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan" kata Charles semasa berucap pada ceramah kelompok di Taman Teratai, Kuala Kubu Baharu semalam.

Cukai GST yang dijangkakan bermula pada kadar 4 peratus akan meningkat sehingga 25 peratus sepertimana yang dilaksanakan.

"Rang undang-undang berkenaan GST telah pun disiapkan. Namun kita bernasib baik kerana dokongan rakyat yang kuat telah menyebabkan pelaksanaannya pada Jun tahun ini berjaya ditangguhkan".

Rakyat di Pakistan dan Australia telah menolak kerajaan mereka kerana cuba untuk melaksanakan cukai GST.

"Oleh itu undi kepada Datuk Zaid Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam PRK Hulu Selangor ini akan menafikan terus usaha untuk membawa cukai yang memiskinkan rakyat ini".

Antara isu utama yang menjadi bahan kempen beliau adalah mengenai air dan kaedah pengurusan yang berhemah.

Beliau yang merupakan aktivis air memaklumkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor adalah antara pentadbir kerajaan negeri yang terawal di dunia yang mengadakan skim air percuma kepada rakyat.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor", kata beliau dalam

"Harapan kita agar pengurusan air ini kekal berada dalam tangan kita dan usaha pihak-pihak tertentu untuk memonopoli perkhidmatan ini wajib dihalang".

Selain itu, Charles membuat pendedahan mengenai aliran keluar tunai oleh pelabur Malaysia ke luar berjumlah hampir RM50 bilion.

Pelabur Malaysia kini lebih berminat untuk menjalankan perniagaan mereka di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

"Mereka kini tidak lagi yakin dengan pentadbiran ekonomi olehh rejim Umno-BN," jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan semakin ramai rakyat Malaysia yang melepaskan taraf kerakyatan mereka dan berhijrah keluar negara.

Kira-kita 700,000 orang bersamaan 3.3 peratus rakyat Malaysia telah menukar kerakyatan.

"Bukan orang Cina dan India sahaja yang menukar kerakyatan, kini semakin ramai orang Melayu yang meninggalkan negara ini.

"Kita memohon kepada pengunjung yang datang ke ceramah ini untuk menyampaikan pesanan kepada sahabat dan saudara mara kita agar berani membuat perubahan.

"Gunakan segala kemudahan yang ada samada melalui sms, e-mel dan sebagainya untuk menyampaikan pesanan.

"Kini telah tiba masanya untuk kita menyelamatkan negara Malaysia. Pengundi di Hulu Selangor sangat bertuah kerana berpeluang untuk memulakan langkah perubahan untuk kita menuju di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran