Followers

Wednesday, December 14, 2011

Wang rakyat digunakan untuk politik BN, nasib guru-guru sementra terbiar

Kerana mahu saingi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri-negeri Pakatan Rakyat, guru-guru sementara telah menjadi mangsa kerajaan Barisan Nasional.

Pembantu Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie berkata, kerajaan BN yang iri hati dengan JKKK negeri-negeri Pakatan telah menggunakan wang rakyat untuk mewujudkan “klon” JKKK, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Katanya, dengan penubuhan JKKKP yang sama tugas dengan JKKK, ia menambah peruntukan kewangan kerajaan sehingga menyebabkan tiada peruntukan kepada guru-guru sementara.

“Jika peruntukan itu dialihkan kepada guru-guru sementara, ia dapat menampung kos sara hidup dan faedah dan imbuhan asas lain.

“Ini sudah tentu akan memperbaiki lagi kehidupan guru-guru sementara yang mana kebanyakan mereka bekerja seperti guru-guru terlatih,” katanya dalam satu kenyataan.

Teo yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, kerajaan BN sebaliknya membazirkan wang rakyat dengan menubuhkan JKKKP tanpa mahu mempedulikan nasib guru-guru sementara serta para pelajar yang memerlukan khidmat mereka.

Menurutnya, langkah Kementerian Pendidikan menukar status guru-guru sementara daripada ‘kontrak perkhidmatan’ kepada ‘kontrak untuk perkhidmatan’ tidak memberi banyak makna kerana dengan membayar RM200 sebulan tidak akan meringankan beban tugas dan kehidupan guru-guru sementara.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan BN telah membazirkan wang rakyat sejak tsunami politik 2008 dengan mewujudkan 3,231 JKKKP selepas BN kalah di lima negeri.

“Terbaru, terdapat 1,899 JKKKP di Kedah, 142 di Pulau Pinang, 381 di Selangor dan 765 di Kelantan.

“Setiap pengerusi dan setiausaha masing-masing dibayar RM800 dan RM200 dengan tambahan elaun RM100 untuk mesyuarat bulanan. Ahli jawatankuasa biasa yang menghadiri mesyuarat pula menerima RM50,” katanya.

Teo berkata, ini bererti kerajaan persekutuan BN telah menghabiskan wang rakyat sebanyak RM137.8 juta untuk jawatankuasa ‘klon’ ini demi kepenetingan politik BN.

Menurutnya, JKKKP di negeri-negeri Pakatan Rakyat menunjukkan BN terus melakukan apa sahaja dengan menggunakan saluran ‘rasmi’ bagi menggerakkan politik wang dan gerak kerja politik di kawasan luar bandar. – Roketkini.com

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran