Followers

Thursday, April 22, 2010

Parlimen Gantung Karpal 10 Hari............kena sebelah PAKATAN RAKYAT CEPAT SAJA MACAM MANA MP P.Salak

KUALA LUMPUR, 7 April — Pengerusi DAP Karpal Singh digantung daripada menghadiri Parlimen selama 10 hari selepas menyifatkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang “diktator”.

Karpal, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, yang berada di atas kerusi roda dipaksa dibawa keluar selepas speaker mengeluarkan arahan.

“Saya menggunakan kuasa saya di bawah aturan mesyuarat 44(2). Bentara, sila keluarkan Bukit Gelugor,” kata Pandikar.

Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua berhujah mengapa usul berkaitan dengan kontrak APCP ditamatkan ditolak di kamar speaker atas alasan perkara berkenaan telah diberikan ruang untuk perbincangan.

Bagaimanapun Karpal berhujah Dewan Rakyat membenarkan untuk membahaskan usul supaya Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan di bawah aturan mesyuarat 17(2).

Karpal menekankan bahawa speaker tidak boleh bertindak bertentangan dengan duluan yang dibuat oleh beliau sendiri.

“Berdasarkan amalan mahkamah, anda tidak boleh menetapkan satu lagi duluan. Anda kena ikut duluan (yang telah pun diputuskan),” kata Karpal.

Pandikar menjawab dengan berkata, ini Dewan Rakyat bukannya mahkamah.

Pandikar kemudian memberi amaran akan mengambil tindakan jika Karpal tidak mahu memberi kerjasama.

Karpal meneruskan hujahnya dengan mengatakan “anda diktator, anda tidak boleh jadi diktator.”

Selepas Karpal dibawa keluar dari Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dari DAP mengemukakan usul agar merujuk wakil rakyat Pasir Salak (BN) Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan atas alasan mengelirukan Parlimen.

Tajuddin didakwa menuduh pemimpin-pemimpin DAP menjual rahsia negara kepada Hong Kong dan Singapura.

Pandikar membenarkan usul dan mengarahkan supaya undi bersuara dijalankan tetapi wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Justeru, speaker mengarahkan undian belah bahagi dijalankan dan usul ditolak dengan 56 menyokong dan 82 membantah.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran