Followers

Wednesday, April 21, 2010

PERKASA jangan janji Sahaja Takut LABUN je

PUTRAJAYA, 21 April — Beribu-ribu selipar dijangka “menyambut” bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair jika beliau menjejakkan kaki ke Negara ini, minggu ini.

Itu adalah janji yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membantah kedatangan Blair ke negara ini.

Bercakap di hadapan wakil kira-kira 50 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah kedatangan Blair ke negara ini, Ibrahim meminta semua ahli-ahli NGO memulakan gerakan melalui apa jua kaedah seperti “facebook” dan “twitter” membantah kedatangan bekas perdana menteri Britian itu.

Turut hadir ialah pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO), yang juga mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

PERKASA dan NGO itu turut mengutuk sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura yang menjemput Blair memberikan ceramah pada kongres perniagaan di sini, 24 April ini.

Mereka membantah sekeras-kerasnya jemputan syarikat itu, Success Resources Company, kerana peranan Blair dalam pendudukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada 2003, yang mengakibatkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq. Blair boleh disamakan seperti seorang “penjenayah perang”.

Sementara itu Dr Mahathir turut “memandang jijik” kepada syarikat-syarikat penaja yang menaja kedatangan Blair ke negara ini.

“Bagaimana anda boleh menaja dan ingin mendapatkan nasihat daripada seorang pembohong. Adakah anda juga ingin berbohong dalam menjalankan perniagaan anda?” soalnya.

NGO berkenaan menggesa penganjur menarik balik jemputan kepada Blair di mana beribu-ribu tandatangan individu telah diterima melalui petisyen dalam talian www.perdana4peace.org yang telah dibuka semenjak minggu lalu. — Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran