Followers

Thursday, March 31, 2011

Ceramah DNA: Polis arah Anwar rakam kenyataan

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikehendaki hadir ke ibu pejabat polis bagi merakamkan kenyataannya berhubung kekecohan pada sebuah perhimpunan 25 Mac lalu apabila polis dikatakan cuba menyuraikannya.

NONEMenurut naib presiden PKR, N Surendren, polis menyerahkan notis semalam dan berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit.

Surendren mendakwa siasatan ke atas Anwar dijalankan dengan niat jahat dan dengan jelas bermotifkan politik.

Ia juga adalah contoh salah guna kuasa yang paling ketara,” katanya.

“Kami tuntut siasatan tidak berasas ini dihentikan segera dan semua yang bertanggungjawab memulakannya dibawa ke muka pengadilan kerana salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan.

NONEPerhimpunan Jumaat lalu itu dirancang sebagai majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) dan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Program yang diadakan di Taman Melawati, Hulu Kelang itu berjalan lancar sehingga polis campur tangan ketika Anwar sedang berucap.

Hadirin yang tidak puas hati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap bertindak membaling objek ke arah anggota FRU.

NONEPara penyokong itu turut menghalang polis daripada anggota pasukan itu menghampiri pentas.

Dalam insiden berkenaan, anggota FRU tersebut bertindak menggunakan perisai merekea untuk menolak individu yang menghalang laluan berkenaan.

Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Akibat kekecohan itu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis.

BN takut ngan bayang2...Anwar dilarang berucap di Sarawak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.

Wednesday, March 30, 2011

'JANGAN KEJUTKAN FITNAH YANG SEDANG TIDUR'

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapa pun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.
Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Tidak mustahil Allah kembalikan
fitnah kepada tuannya semula.."
"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti. Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan di edit dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji. Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagai sumber kebangkitan rakyat," katanya. - Harakahdaily

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH

"Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan.."


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.
“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.


“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.


Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.


Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.


"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."
- Harakahdaily

Jenayah politik Umno terhadap orang Melayu Islam

Parlimen Hulu Selangor dan Labis di Johor, adalah contoh bagaimana Umno khianati orang Melayu yang menjadi majoriti dalam kedua-dua Parlimen tersebut,

Hulu Selangor diberikan kepada parti MIC untuk bertanding, manakala parlimen Labis telah diberikan kepada parti MCA, selain 28 kerusi yang lain seumpamanya di seluruh negara.

"tengok kerusi di Parlimen, ada lebih kurang 30 kerusi di parlimen diseluruh Malaysia yang mana pengundinya majoriti orang Melayu, tetapi Umno beri kepada MCA bertanding, beri kepada MIC bertanding (dan) beri kepada Gerakan bertanding,

"contohnya (parlimen) Hulu Selangor baru-baru ini, yang bertandingnya Kamalanathan, (sedangkan) pengundi Hulu Selangor majoritinya (adalah) orang Melayu,"jelas Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Kelantan ketika berucap di Kampung Banggol Binjai, dekat sini Ahad, 13 Mac.

Menurutnya, negeri-negeri majoriti penduduk Melayu telah memohon untuk ditambahkan bilangan kerusi Parlimen, tetapi di tolak oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad yang juga Presiden Umno.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berakata, tetapi apabila Umno-BN kalah di banyak kerusi parlimen pada Tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tahun 2008, pemimpin Umno mendakwa kuasa Melayu tergugat, sedang Umno yang memberikan 30 kerusi kepada bukan Melayu.

"Dia (Umno) tak ingat 30 kerusi itu, dia (Umno) yang berikan kepada bukan Melayu, inilah jenayah politik yang besar yang dbuat oleh Umno, dahlah orang Melayu kurang, kerusi Melayu diberikan kepada bukan Melayu,"tegas Nik Amar

Tuntutan: PAS gesa Felcra buat perjanjian bertulis

Kira-kira 50 peserta daripada tiga Felcra di Perak memberi masa dua bulan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah dan tuntutan mereka.

Tempoh dua bulan itu bermula hari ini, selepas memorandum mengandungi tuntutan daripada peserta Felcra Changkat Lada, Seberang Perak dan Nasaruddin diserahkan kepada wakil rakyat PAS dan BN di Parlimen tengahari tadi.

Antara tuntutan utama mereka adalah mengenai pemberian saham yang tidak adil selain tanah yang belum diberikan lokasi yang jelas meskipun mereka sudah mempunyai geran selain pemberian rumah kepada generasi kedua peserta Felcra.

Rombongan tersebut diketuai Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Felcra yang dipengerusikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman mengadakan perjanjian bertulis mengenai perkara tersebut.

"Felcra perlu membuat perjanjian bertulis, perlu ada satu dokumentasi yang perlu dijelaskan sebagai satu perjanjian di antara kerajaan dan peserta Felcra.

Beliau turut bimbang sekiranya berlaku penyelewengan dalam Felcra sehingga menyebabkan peserta Felcra tidak mendapat saham dalam jumlah yang sepatutnya.

"Apa yang dikemukakan ini merupakan tuntutan hak peserta Felcra yang sekian lama berhadapan dengan kesamaran khususnya berkaitan pemberian saham satu ekar sawit. Mungkin ada penipuan timbangan buah dan sebagainya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sehubungan itu beliau mencadangkan satu siasatan dilakukan terhadap pengurusan Felcra.

"Mungkin ada unsur penyalahgunaan wang peserta Felcra dan ini memerlukan satu siasatan khusus.

"Kalau soal pemberian saham yang sudah sekian lama belum ada satu penjelasan,siasatan dan audit harus dibuat," katanya.

Siasatan juga katanya harus dilakukan terhadap kelambatan peserta Felcra mendapat pemilikan tanah walaupun mereka sudah membayar premium kepada pegawai tadbir daerah.

Sementara itu, Mazlan sebagai memberi respons kepada cadangan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik untuk mereka mengadakan sesi dialog dan rundingan dengan Felcra berkata, perkara itu sudah lama dilakukan.

Namun tegasnya kerajaan tidak menunjukkan keseriusan untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan peserta.

"Kita sudah lama berdialog,berbincang tapi sejauh mana tindakan yang diambil kerajaan?

"Sampai sekarang Datuk Tajuddin gagal menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Beliau turut kesal dengan tindakan pihak polis yang cuba menghalang peserta Felcra daripada menyertai rombongan ke Parlimen pagi tadi.

"Seawal jam empat pagi tadi, polis sudah membuat gangguan. Menghalang peserta daripada menaiki bas, bertanya pelbagai soalan sehingga membantutkan hasrat mereka untuk datang.

"Sepatutnya kita ada 80 orang yabg hadir ke Parlimen tapi sebahagian sudah takut untuk bersama-sama kita," katanya.

Sebelum itu mereka bertemu dan menyerahkan memorandum tersebut kepada Hassan untuk diambil tindakan.

Ceramah Pakatan diserbu, tayang video lucah dibiar

PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.

Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.

Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.

“Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.

“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.

Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.

Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.

Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.

Setakat hari ini, tambahnya jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.

“PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri,” katanya lagi.

Rakyat pula, ujarnya tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.

Menurutnya, mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.

“Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?” soalnya.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Banjir,1,346 Masih Berada Di Pusat Pemindahan

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/banjirpusu329mac.jpgJumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri Terengganu meningkat kepada 1, 364 orang melibatkan 347 keluarga telah dipindahkan kepada 13 pusat pemindahan sehingga pukul 12.00 malam Selasa 30 Mac.

Laman kenyataan banjir negeri mencatatkan seramai 424 orang mangsa di enam pusat pemindahan Marang, 648 orang di tiga pusat Kemaman dan 292 orang di empat pusat pemindahan Dungun.

Manakala semua 226 mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu daripada 52 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal di sini, telah pulang ke rumah masing-masing dan pusat pemindahan ditutup petang tadi.

Dilaporkan, seramai 1,400 murid juga tidak dapat ke sekolah di daerah Hulu Terengganu apabila sembilan buah sekolah ditutup di daerah itu dan dua buah sekolah di daerah Besut melibatkan 700 murid.

Manakala Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di KM14 di Kampung Bukit Payong ditutup kepada kenderaan ringan apabila ditenggelami air sedalam 0.75 meter sejak awal pagi ini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/banjirlongkangtamanmurni.jpgAgensi Bernama melaporkan, sebanyak 4 pusat pemindahan dibuka di Kemaman dengan 175 orang mangsa banjir dari 33 keluarga
Di Marang 3 pusat dibuka dengan 31 mangsa daripada 13 keluarga di pindahkan ke Sekolah Kebangsaan Marang dan Balairaya Kampung Kubu.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, seramai 200 orang dari 41 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.

Menggunakan Acara Rasmi Kerajaan Untuk Meraih Undi BN

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

NONEDalam pertemuan di kawasan perbandaran Ampang, Muhyiddin berkata BN patut menjadi pilihan utama memandangkan parti itu mendahulukan kepentingan rakyat.

Katanya, walaupun rakyat boleh memilih pihak mana pun yang dirasakan sesuai, selama 54 tahun BN memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Sehubungan itu, tambahnya, menjelang pilihan raya, rakyat perlu mengambil kira bahawa kerajaan pimpinan BN menggutamakan mereka.

Bercakap kepada kira-kira 500 hadirin di sebuah sekolah di Lembah Jaya, Muhyiddin juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan membuat pengumuman berhubung dasar baru yang akan membantu orang ramai menangani inflasi.

Lebih ketara ialah ucapan oleh menteri pertanian dan asas tadi, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar.

"Kita perlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk mengambil alih kerajaan negeri (dan) kita hanya ada 21 kerusi," katanya.

Sementara itu Bernama memetik Muhyiddin berkata, BN telah mengenalpasti sembilan kerusi DUN di Selangor yang berpotensi untuk dirampas kembali pada pilihan raya Umum ke-13 bagi membolehkan BN kembali menerajui negeri itu.

Katanya, walaupun BN mungkin menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang, namun jika ada usaha gigih dan kerjasama daripada semua parti komponen, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

NONE"BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN untuk membolehkan kita memerintah semula di Selangor, sekarang kita kekurangan sembilan kerusi. Strategi sudah mula diatur untuk menebus kembali sembilan kawasan DUN berkenaan untuk memastikan kita mendapat semula Selangor.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara "biasa".

"Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN," katanya.

Tuesday, March 29, 2011

Malang Penunggang Motosikal


Malang bagi seorang penunggang motosikal apabila dia hampir maut akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan semasa melalui lebuh raya, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang di Kilometer 263.6 Lebuh Raya Utara - Selatan, kira-kira 300 meter dari susur keluar Seremban, di sini.

Motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 23 tahun itu dikatakan dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios menyebabkan mangsa terpelanting atas cermin hadapan kenderaan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, motosikal jenis Suzuki RGV ditunggangi mangsa turut diheret sejauh beberapa meter.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kemalangan berkenaan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Nilai ke selatan.

“Sampai sahaja di lokasi kejadian, Toyota Vios yang berada di lorong tengah tiba-tiba terus membelok ke susur keluar Seremban.

“Ia menyebabkan kereta tersebut merempuh belakang motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu sedang berada di laluan kiri lebuh raya berkenaan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting atas cermin kereta, sebelum terjatuh atas jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Menurut saksi terbabit, motosikal ditunggang mangsa turut diseret sejauh beberapa meter sebelum pemandu kereta bertindak berhenti di bahu lebuh raya.

“Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang turut cedera ringan dan dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.

“Manakala, penunggang motosikal itu cedera parah di kepala dan badan. Dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap JPAM berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini sedang dirawat di wad hospital berkenaan.

Undang2 boleh melindungi trio 'T Datuk'

Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham semalam bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

- Bernama

Seminggu dimalukan, Ribuan penyokong membanjiri stadium

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NONEManakala dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Di samping Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu, tetapi menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

anwar selangor anti fitnah talk facing crowdBeliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan itu, mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipergiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas mengenai video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourSambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik, tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu dari aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

NONE"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz hanya membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Monday, March 28, 2011

DAP berkemungkinan bertanding di 15 kerusi

Setelah rundingan dengan sekutunya, PKR dalam Pakatan Rakyat, DAP dikatakan berkemungkinan besar akan bertanding hanya di 15 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

NONEMenurut sumber parti itu, pada rundingan yang diadakan semalam, DAP akur untuk menyerahkan tiga daripada lima kerusi yang juga dituntut oleh PKR.

Pengumuman muktamad berhubung agihan kerusi Pakatan Rakyat dijangka dibuat selepas tengahari ini oleh pemimpin kanan Pakatan di parlimen.

Antara kerusi yang akan dilepaskan oleh DAP adalah Padungan, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching yang kini dipegang oleh ADUN PKR, Dominique Ng.

Kerusi Padungan dianggap agak simbolik kepada DAP kerana sejak dua dekad lalu ia adalah kubu kuat parti itu.Akar umbi kecewa

Bagaimanapun Padungan juga adalah kerusi tunggal PKR di Malaysia Timur dan Pakatan mempunyai persetujuan bahawa parti yang telah memenangi sesuatu kerusi berhak mempertahankannya semula.

azlanDAP juga dijangka akan melepaskan Senadin - kerusi yang hampir separuh daripada pengundinya adalah masyarakat Cina dan kerusi majoriti pengundi Iban iaitu Balai Ringin.

Pada pilihan raya negeri 2006, Senadin ditandingi oleh PKR manakala Balai Ringin diberikan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Sementara itu, difahamkan PKR juga telah menggugurkan tuntutannya ke atas Dudong, satu lagi kerusi majoriti pengundi Cina dan Iban.

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP tewas di Dudong dengan hanya 408 undi.

Bagaimanapun, parti itu dijangka akan dibenarkan bertanding di Batu Kawah, kerusi majoriti pengundi Cina di selatan Kuching. Pada 2006, kerusi ini ditandingi PKR tetapi mereka kalah teruk.

NONENamun, beberapa ahli pada peringkat akar umbi DAP dikatakan kecewa dengan rundingan agihan kerusi itu kerana berpendapat mereka adalah parti pembangkang utama dan harus diberikan keutamaan.

Di kalangan pembangkang, DAP memperolehi kerusi terbanyak pada pilihan raya negeri 2006.

Mereka berjaya menguasi enam daripada 12 kerusi yang ditandingi. PKR, Snap dan calon Bebas masing-masing memenagi satu kerusi. Calon Snap bagaimanapun telah berpaling tadah ke SUPP manakala calon Bebas telah menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM).

"Gua Melayu umno"... Kata Mamak Ni... Kah..kah..kah...!!!!

Gua Melayu Umno... apa...??? tak percaya ka...??? Jom check DNA...!!!

Ha...ha...ha.... mangkuk2 umnoapco Pulau Pinang dah ketandusan ide macammana nak memburukkan Kerajaan Pulau Pinang sekarang nih...., weiii... lu orang tengok muka mamak Musa Sheikh Padin nih... macam haram wa cakap luuuu....

Mangkaq punya kepala otak pengampu dia ni... dajai haramjadah tak habih dengan propaganda murahan depa..., ada ka patut usaha Kerajaan Pulau Pinang menyalurkan maklumat tentang perkembangan negeri melalui Sistem SMS kepada rakyat di pertikaikan...

Apa dia ingat semua maklumat tentang aktiviti kerajaan negeri boleh masuk suratkhabar perdana ka....??? Sampai Musa Sheikh Padin ni mampuih pun... dan orang kampung dia dah habis buat kenduri pulut serabai genap 100 hari dia mampuih pun... cerita tentang kebaikkan kerajaan negeri takan masuk suratkhabar pencacai tu... tapi kalau bab fitnah dan berita keburukkan kerajaan negeri pulau pinang kompom masuk suratkhabaq pencacai...

Bagi gua... sudah la akhbar pencacai hanya tau memberitakan fitnah terhadap kerajaan negeri PR, kini alternatif yang di ambil oleh kerajaan negeri pulau pinang adalah jalan terbaik. Rakyat pulau pinang pula pasti bersyukur kerana segala maklumat aktiviti kerajaan negeri sampai ke pengetahuan mereka, ini baru di katakan telus dan mulus...

Bukan macam kerajaan barisan nasional (gerakan) dulu, segala aktiviti tak sampai kepada rakyat, tanah orang melayu habis kena jual rakyat pun tak tau.... pulau jerjak kena gadai pun sapa pun tak tau... semuanya di lakukan secara senyap2... bila tembelang dah pecah kowtim sana kowtim sini... tuduh sana sini... akhirnya puak2 haramjadah umnoapco penang sendiri dengan 110% hipokritnya melalak melaungkan pertahankan orang melayu, padahal puak2 haramjadah tu sendiri yang punya angkara...

Kesimpulannya di sini, selagi puak2 haramjadah nih ada... segala kebaikkan yang diberikan kepada rakyat akan di anggap mereka sebagai keburukkan, kalau boleh puak2 ni tak nak melihat rakyat senang, biar rakyat sentiasa dalam keadaan susah supaya senang untuk puak2 haramjadah nih memperbodohkan dan memperkotak-katikkan... orang2 melayu dan rakyat sekalian...

Ok... tutup cerita pasal SMS Kerajaan Penang, la ni... gua nak kutuk mamak tua kutuk nih pulak... hahaha...

Mampuih barisan nasional/umnoapco... rakyat sejahtera...

p/s: Weiii... Mamak Musa Sheikh Padin... hang pi tukaq darah dulu laaaa...., yang gua tau umnoapco tu parti untuk orang melayu..., hang sesat mai kot mana mamak oooiiiii.... kah...kah...kah.... hang betui2 haramjadah punya makhluk laaaa...., dah laaa.. hari tu hang berlakon jadi wargaemas pulangkan duit wang ehsan... hari ni.. hang mula melalut lagi... hang memang jenis kufur nikmat laaaa...

Pelik kan...., puak2 umnoapco kata parti diorang parti untuk orang melayu..., tapi nama parti pun tak menunjukkan unsur2 kemelayuan, dah tu pulak ahlinya ramai mamak mendeliar... dan sekarang nih... mamat indon pun boleh jadi ahli parti nih... patut la ramai ahli parti haramjadah nih.. sampai 3 juta orang... rupa2 nya... sampah sarap dari india dan indonesia ntah mai dari mana pun diorang belasah untuk di sumbatkan dalam Tong Taik.... untuk mencukupkan 3 juta ahli... kah...kah...kah....

Kononnya parti yang perjuangkan Bangsa dan Agama, apa yang di perjuangkannya..???

1) Bangsa - Melayu, Mamak Merican, Naina, Mami, Mamu, Indon, Siam... kah..kah...kah....
2) Agama - Agama apa yang di perjuangkan... lagi bertambah bangang dalam beragama ada lah..., fitnah nombor wahid, perkara yang di tegah... jadi peberet diorang, rasuah... jangan cakap laaa... puak2 ni lah Juaranya... video seks... diorang lah tauke.., Judi... GRO... Bini orang... semuanya borong selambak beb...

Paling gua tak bleh blah... ada jugak yang BANGANG pi cabar TGNA tonton video lucah... depa tak tau kaaa.. nonton video lucah tu hukumnya dalam agama Islam adalah HARAM, yang di katakan suku tu pasal depa ikut hukum Pak Guard Parlimen... nonton video lucah HALAL... tak salah... kat mana salahnya tolong bagitau kat Nazri Aziz... kah..kah..kah... apa punya bangang kepala otak puak2 nih pun wa pu chitau..., kompom belajaq agama suku politik suku nih.. tapi bila tiba 1 Ramadhan semua pakat2 Puasa... Islam lah kononnya... tapi jambul masih terjojol... ngeeeee.....

(Dalam hal keahlian dan nama Parti pun dah terang2 adanya unsur2 penipuan... kah..kah...kah.... Apatah lagi dalam hal berAgama... pasal tu ramai di kalangan ahli dan penyokong Parti Haramjadah nih... semuanya senang di perbodohkan...)

Perghhhh... betapa bangangnya orang yang masih menyokong parti Penipu Melayu nih.... hahaha....

ISA.

Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah

Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.

Takut Dengan Ceramah PR,Polis Di Gunakan Untuk Kepentingan Umno


Azmin
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu. Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.
“YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis,” kata kenyataan media ringkas PKR.
“Buat masa ini belum ada maklumat lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, “polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang.”
Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: “@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan.”
Difahamkan 20 hingga 30 anggota polis berada di pekarangan rumah Azmin sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk menyerahkan notis perintah hadir di balai polis.
Notis tersebut dikatakan diterima oleh isterinya kerana ketika itu Azmin menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Ampang Azmin yang dihubungi The Star berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya.
“Dia berkata bahawa notis tidak memberikan sebab bagi saya perlu hadir di ibu pejabat polis Ampang pukul 10 pagi (hari ini),” katanya lagi.
Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.
Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.
Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.
Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula dikatakan membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.
Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dalam kenyataannya berhubung insiden itu berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA.
“Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.
“Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau,” katanya.

Sunday, March 27, 2011

Wajah bomoh berambut perang Ketua Menteri Sarawak


Wow terperanjat gua tengok gambar seorang perempuan berambut perang yang dikatakan sebagai bomoh kepada Ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib mahmud. Gambar ini didedahkan oleh laman web Sarawak Report yang sememangnya ditubuhkan khas untuk membongkar segala salah laku dan penyelewengan Taib selama 30 tahun memegang tampuk pemerintahan Sarawak. Ikuti pendedahan ini, klik sini [SarawakReport]


RentaP© "Macam bomoh Mat saleh je... pandai Taib Pilih kah kah kah..."

Ilmu Hitam


Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai ketaksuban Taib terhadap nasihat-nasihat bomohnya. Pemberi maklumat kami pernah menceritakan bagai mana rumah beliau di Demak Jaya yang dipenuhi dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan ilmu hitam.

Menurut pemberi maklumat kami lagi, Stella senang dengan cara dia mempengaruhi Taib, dipermudahkan lagi kerana dia tinggal bersama keluarga Raziah, bersebelahan dengan kediaman Taib.

“Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat” kata seorang lagi pemberi maklumat kami.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, “Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!”

Nama Saintifik: Euodia lunu-ankenda Famili: Rutaceae Nama Lain: Kiandang




PUCUK tenggek burung adalah sayuran ulam yang sangat digemari apatah lagi jika dicolek dengan sambal belacan atau sambal udang kering dan dimakannya bersama nasi. Rasa dan aromanya dapat merangsang selera dan nasi biasanya dimakan lebih berselera dari biasa. Selain itu, pucuknya juga dijadikan ramuan dalam nasi ulam, kerabu atau menjadi ramuan masakan ikan atau resipi tradisional.

Pokok tenggek burung berasal dari Indo-Malaysia, bersaiz kecil setinggi 5 hingga 7 meter, bercabang banyak dan rimbun. Daunnya trifoliat dengan anak daunnya berbentuk oblong dan akuminat ke hujung, 6 hingga 15 sentimeter (sm) panjang dan 3 hingga 8 sm lebar.

Anak daun terminal lebih besar sedikit daripada anak daun sisi. Petiol 5 hingga 6 cm panjang. Daun ini beraroma sedap bila diramas. Infloresen sima, berpedunkel sepanjang 5 hingga 8 cm. Bunga kecil, berwarna putih kehijauan dan berbau wangi sedikit. Buahnya kapsul, 12 mm lebar dan berbiji halus.

Tidak banyak diketahui mengenai khasiat ulam ini. Dalam 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 83 g, protein 4.4 g, karbohidrat 9.9 g, lemak 0.3 g, serat 1.5 g fosforus 51 mg, kalsium 41 mg, kalium 330 mg, vitamin C 9.3 mg.

Pokok tenggek burung jarang ditanam dan tumbuh meliar di tepi belukar. Burung adalah penyebar utama pokok ini. Bagaimanapun, pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Anak-anak yang tumbuh di pangkal pokok boleh juga digali dan ditanam semula. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Saturday, March 26, 2011

Video Seks Palsu:Mahathir,Najib Bertanggungjawab

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Datuk Mokhtar Sidin, Datuk Denis Ong and Dato' Abdul Kadir Sulaiman.

Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, (Tan Sri) Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.

Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Taib pertahan empayar bisnes di alam siber

Kurang sebulan sebelum pilihan raya ke-10 Sarawak, ketua menteri paling lama negeri itu, Tan Sri, Abdul Taib Mahmud, melancarkan kempen di alam siber bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

NONEDalam satu wawancara yang dimuat-naik di portal Youtube, Taib menjelaskan modal permulaan perniagaan anak perempuannya, Jamilah diperolehi daripada bayaran gratuiti yang diterimanya selepas bersara sebagai menteri persekutuan. Namun, kerana kebijaksaan anaknya itu, empayar perniagaan itu berjaya dikembangkan.

Video sepanjang empat minit itu berjudul “Perniagaan Jamilah di Kanada berjaya kerana beliau cekap' dimuat naik pada Selasa lalu, Taib berkata empayar perniagaan Jamilah diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu.

"Betul, anak saya membuat duit, ya, agak banyak. Saya tidak tahu sama ada mereka kata 100 juta itu betul...di Kanada.

"Semuanya bermula (apabila) saya beri wang kepada anak perempuan saya. Saya letak jawatan dari kerajaan persekutuan. Saya dapat gratuiti, saya berinya sebahagian daripada wang itu untuk memulakan perniagaan dan ia berkembang.

NONE"Ia syarikat hartanah. Apabila bandar kita masih kecil, beliau mempunyai pandangan untuk membeli tanah dan kemudian menjualnya,” kata Taib.

Taib dilantik menganggotai kerajaan persekutuan pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai portfolio di Kuala Lumpur sehingga 1981 apabila beliau pulang ke Sarawak.

Semasa wawancara itu, beliau menafikan modal permulaan Jamiliah datang daripada dana awam.

"(Perniagaannya bermula) sekitar saya jadi ketua menteri, ya, jadi saya buat duit dengan jadi ketua menteri? Awak tahu negeri yang macam mana saya waisi pada 1981?

"Tiada siapa yang mampu beri duit ketika itu. Maaflah, saya maksudkan... tetapi sekarang, ya, kalau saya hendak jadi korup, saya boleh dapat banyak wang.”

Beliau kemudian mempertahankan Jamilah dan menantu Kanadanya, Sean Murray dengan mengatakan penilaian tepat mereka dalam pelaburan hartanah punca kejayaan syarikat itu.

“Tetapi awak tahu, jika anak perempuan saya bodoh atau menantu saya bodoh, mereka tidak akan buat duit sebegitu banyak, (kemudian) itu bukan satu isu. Mungkin saya terpaksa tanggung mereka hari ini (gelak).

NONE“Tetapi mereka agak berjaya, mereka juga buat perniagaan di London dengan membeli bangunan, memuliharanya dan kemudian menjualnya. Itu agak luar biasa,” katanya.

Menurut laman sesawang anti -Taib, Sarawak Report, keluarga ketua menteri itu mempunyai empayar perniagaan hartanah yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Kebanyakannya dikuasai oleh pasangan tersebut.

Buku Jingga Bangkrap.......?RM2 Bilion Lesap Tidak Bangkrap!

Ketika Pemimpin Umno dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan buku jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera. Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini..

Pas hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera.

Selama ini penganalisa ini hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang buku jingga. Perkara prinsip yang diketengahkan di dalam buku jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka.

Perkara asas yang mengukuh sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN. Pada hal sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan.. Contohnya kerajaan Kedah dalam bajet 2010 telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta.
Begitu juga kemampuan kerajaan Kelantan sudah melebihi 20 tahun memerintah.
Sebenarnya prinsip yang terdapat dalam buku jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tusyen rakyat, menaikkan gaji guru KAFA sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR.

Pas merasa pelik, dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bangkrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu.

Alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion. Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah. Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing.

Mari Cungkil Rahsia Prestasi Unggul Seks Saya Sehingga Isteri Rela Beri Lampu Hijau Untuk Kahwin Lagi & Bermadu

Sebelum itu abang ingin berkongsi pengalaman abang dengan anda mengenai kisah hidup abang ni. Abang cuma seorang pekerja pejabat yang berkhidmat dengan satu syarikat swasta yang tidak terkenal di Kuala Lumpur. Abang sudah berkahwin selama 3 tahun dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi kegembiraan keluarga kami. Kami tinggal menyewa di sebuah apartment kos sederhana di Cheras dan isteri juga bekerja dekat dengan kawasan pejabat abang. Biasalah nak menampung kehidupan di Kuala Lumpur ni memerlukan laki bini kerja. Anak-anak akan di hantar ke nurseri kawasan tempat tinggal, mana mampu untuk ambil orang gaji.

Ulang alik kerja dengan kereta nasional tahun 1998. Untuk mereka yang bekerja saban hari di bandar sudah tentu tahu mengenai cabaran hidup di hutan batu yang penuh ranjau kota. Setiap hari adalah satu beban yang cukup berat, bangun awal sebelum subuh untuk pergi kerja mengelak sesak jalan dan balik kerja pula lewat malam. Paling awal pun selepas maghrib. Kekadang memerlukan kita untuk masuk kerja juga di hari minggu.

Penat lelah setiap hari memang mengikis tenaga kita siang dan malam. Segala masalah kerja, stress dan kekalutan pejabat kerap kali mempengaruhi kehidupan peribadi di rumah. Kemajuan dan segala kepujian di dunia korporat tempat kerja tidak semestinya membuahkan hasil yang baik dari segi prestasi batin di rumah.

Kerap juga si isteri mengeluh bila kita tidak dapat berkhidmat seperti kebiasaan. Ini antara ungkapan yang tidak sedap di dengar dan menguji kelakian kita sebagai seorang suami.


"Abang penat ya?"
"Takpe lah bang, esok kan ada..."
"Adik malu ke hari ni bang?"
"Apa sudah jadi ni bang?"
"Alaaaa... belum sampai lagi lah bang!"

Kalau sekali sekala dengar takpe la juga kan. Tetapi pada tahun ketiga perkahwinan kami ini, mendengar ungkapan-ungkapan yang tidak sedap di dengar dengan telinga ini sudah menjadi kebiasaan. Masa tu abang sampai sudah hilang sabar juga. Apa sudah jadi ini?

Abang pun mula keluar mencari penawar duka di hati. Ke merata tempat abang pergi dan berjumpa bermacam jenis orang. Boleh di katakan banyak juga sudah abang cuba.... daripada campuran kopi pekat dengan red bull ataupun livita, madu lebah hutan, telur kampung, jamu-jamu Indonesia, pil ginseng cina, tongkat ali, herba kampung, gamat rumusan tradisional, gambir Sarawak, minyak lintah sehinggakan kepada ubat moden pil biru viag... Jangan cakap la semua abang dah cuba.

Ada yang ok dan ada juga yang tidak menjadi ataupun tidak sesuai untuk amalan harian. Oleh itu abang terus mencari dan mencari...

Pelajar Biology biasa pun mampu palsukan bukti DNA

Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di mahkamah negara kita melibatkan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penuduhnya Saiful Bukhari Azlan. Sejak dari awal lagi tiga orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur [Laporan HKL] ditambah dengan seorang doktor Osman dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) telah mengesahkan bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful Bukhari. [Laporan Pusrawi]


Namun perbicaraan masih terus dijalankan. Ibarat membicarakan kes rogol seorang perempuan yang masih dara. Bukti yang terus digembar-gemburkan hanyalah kononnya terdapat kesan air mani lelaki Y di dubur Saiful.

Namun untuk pengetahuan pembaca semua, menurut laporan Dailymail pada tahun 2009 yang lalu berdasarkan journal Forensic Science International: Genetics reports., para penyelidik telah memberikan amaran bahawa bukti DNA sangat mudah untuk dipalsukan, malah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan biologi pun mampu melakukannya. Ini menimbulkan kebimbangan orang yang tak bersalah mungkin dihukum, manakala yang bersalah akan terlepas [DailyMail].

Friday, March 25, 2011

Video lucah dan dosa politik

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).



Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran