Justeru, kata SPR, pihaknya menambah dua pusat mengundi dan juga melibatkan enam pertukaran pusat-pusat mengundi di bahagian Parlimen Hulu Selangor.
“Perkara ini dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958,” kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik dalam satu kenyataan.
Terdapat 46 pusat mengundi di bahagian Parlimen Hulu Selangor.
Pada 2008 dan 2009 SPR telah mengadakan urusan belah bahagi daerah mengundi di seluruh negara, kata beliau sambil menambah, bagi Hulu Selangor, proses yang dilaksanakan ini telah menyebabkan pertambahan dua daerah mengundi baru dan dua pusat mengundi baru.
“Kesemua daerah mengundi dan pusat mengundi baru ini telah diwartakan pada 29 Jan 2009 dan 29 Okt 2009.
“Urusan belah bahagi daerah mengundi ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa untuk seluruh negara oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri masing-masing,” katanya.
Urusan belah bahagi daerah mengundi dijalankan untuk membolehkan pengundi mengundi di tempat yang berdekatan dengan rumah kediaman mereka, memberi keselesaan mengundi kepada pengundi-pengundi dan mengurangkan kesesakan di sesebuah pusat mengundi.
“Bagi memenuhi tujuan di atas, SPR telah membuat penambahan dua daerah mengundi dan membuat perubahan ke atas enam pusat mengundi bagi Parlimen Hulu Selangor.
No comments:
Post a Comment