Perdana Menteri berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington DC baru-baru ini — bekas wakil rakyat PKR — sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan rakannya dari Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.
“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau dalam ucapan kempen sulungnya di pusat gerakan utama Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa di sini malam ini.
Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak akan mendedahkannya kepada umum.
“Tapi saya tidak akan huraikan, biarlah saya simpan... biarlah ia antara dia dan Tuhan (yang tahu),” kata beliau.
PANDAI PULA DIA BERCAKAP ANTARANYA DAN TUHAN YANG TAHU,BINI TAK BETUDUNG MACAM MANA PULA TAK KAN NAK BIAR ANTARA DIA DAN TUHAN JUGA.
Najib dijadual singgah di enam lokasi termasuk mengadakan solat maghrib di Masjid Bukit Sentosa.
Kira-kira dua minggu sebelum menyertai rombongan Najib, Zahrain dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept mahu mengambil alih kerajaan pusat ketika sesi perbahasan di Parlimen
.2EKOR NI BEJUANG KERANA BENDA TAK DAPAT TU YANG LOMPAT.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.
PERSOALANNYA SIAPA YANG ARAH BUNUH WANITA TERSEBUT MASIH MENJADI PERSOALAN RAKYAT.
Ekoran pendedahan itu Najib berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli yang mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Perdana Menteri berkata beliau ingin bertemu dengan bekas wakil rakyat PKR itu kerana mahu mencari kebenaran, yang menurutnya kebenaran akan muncul juga pada akhirnya.
“Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya,” kata Najib akhir bulan lalu.
No comments:
Post a Comment