Followers

Tuesday, April 27, 2010

Halalkan rasuah puncaBN menang

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor disebabkan BN menghalalkan amalan rasuah.



Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.



Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.



Amalan rasuah sepanjang PRK itu, katanya berleluasa dan kaedah digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.



"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isnin rasuah tersebut akan diberikan.



Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.



"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."



Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, di bawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.


"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.



"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran