Followers

Wednesday, April 14, 2010

Rayuan Anwar Di Tunda

KUALA LUMPUR 14 Apr - Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual didengar esok di Mahkamah Persekutuan telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Permohonan penangguhan dibuat oleh peguam Ketua Pembangkang, Sankara Nair dalam surat bertarikh 13 April kepada pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Oktober 2009 Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar berhubung kes tersebut atas alasan teknikal bahawa memorandum rayuan yang difailkan oleh Anwar dalam bahasa Inggeris adalah satu kecacatan dan tidak sah dan bahawa dokumen mahkamah perlu difailkan dalam bahasa Malaysia.

Kes ini berpanjangan sejak tahun 1999 apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menuduhnya terbabit dalam perbuatan tidak bermoral dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk menggugurkan saman itu pada 2007.

Dr Mahathir di wakili oleh peguam Datuk VK Lingam.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran