Followers

Tuesday, September 13, 2011

'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

musa hassan police igp pc 250607 mum
Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

mahathir book launch memoirs 080311
“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

anwar ibrahim 1998 arrest reforamsi days 010708 black eye
“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” katanya.

Monday, September 12, 2011

Mat Sabu serah Pemuda PAS 'urus' KJ

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad (bawah) berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

mat sabu pc with salleh man 190811
"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi.

Menurutnya, Pemuda PAS Johor 'layak' berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Isu pensejarahan kemerdekaan berbangkit apabila Mohamad menjadisasaran serangan selepas dilapor berkata penyerang balai polis Bukit Kepong Muhammad Indera sebagai wira sebenar.

Rentetan laporan itu, Mohamad Sabu menjadi sasaran serangan di media arus perdana apabila beliau dituntut meminta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan.

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gun
Bagi menjawabnya, kelmarin, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Umno berdebat secara terbuka mengenai tajuk "Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?".

Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas siapa akan berdebat dengan siapa apabila Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menghantar jemputan kepada Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, Khairy dilaporkan menerima jemputan kerajaan Kelantan bagi tujuan itu yang akan berlangsung di Kota Bharu akhir bulan ini untuk berdebat dengan Mohamad.

Akhbar web PAS Harakahdaily pula melaporkan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan bersedia berdebat secara ilmiah dengan Khairy berhubung perkara itu.

Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar


KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (
gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Bagi Dr Dzulkefly, Najib jelas lupa bahawa cukai hanya boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan bukannya mana-mana pihak swasta termasuk Telco.

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.

Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.

"Persoalan ini membuat kita tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang ditakuti dan disayangi oleh Najib?" soal Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dan anggota Parlimen Kuala Selangor.

Kesan teruk

Langkah mengenakan cukai ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.

Harakahdaily difahamkan, terdapat 26 juta nombor prepaid yang dikeluarkan oleh Telco di negara ini.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini

Saturday, September 10, 2011

Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13

PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.

"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.

"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.

"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.

"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.

"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.

Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.

"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.

"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.

Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.

Tidak dijajah: MPN dicabar terbit buku ilmiah


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Prof Zainal Kling untuk menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Malaya tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, demikianlah sepatutnya seseorang ahli akademik apalagi yang bergelar profesor mengemukakan sesuatu pandangan, supaya pandangannya dapat dinilai dan dibahaskan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti akademik.

Menurutnya, mengeluarkan sesuatu cadangan intelek atau tesis tidak memadai hanya melalui sehelai dua muka surat kenyataan akhbar.

“Mengemukakan cadangan intelek melalui cara ini bukanlah kaedah ahli-ahli akademik sebaliknya kaedah orang awam termasuklah ahli-ahli politik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya sesuatu pandangan ahli akademik termasuklah profesor dikemukakan melalui kaedah itu, maka ia tidak mempunyai nilai intelek, sebaliknya samalah seperti sembang-sembang politik orang awam di kedai kopi.

Tambah beliau, sebaliknya sekiranya seseorang ahli politik menggunakan kaedah akademik iaitu menerbitkan artikel atau buku ilmiah untuk mengemukakan pandangannya, maka pandangan itu adalah sarat nilai akademik.

Oleh sebab itu, ujarnya PPP melihat tindakan MPN itu merendahkan martabat akademik mereka sendiri.

Menurutnya, cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal Kling, Khoo Kay Kim dan Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai para ahli akademik di dalam mahupun di luar negara.

Katanya, kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Malaya, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu, manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British.

“Di atas premis inilah, kajian-kajian sama ada di peringkat Sarjana Muda, Sarjana, PhD dan Pasca Kedoktoran telah dibuat sejak bertahun-tahun,” ujarnya.

Beliau berkata, pandangan yang menyatakan Malaya tidak pernah dijajah, justeru pegawai yang berkhidmat tidak boleh disebut pegawai British merupakan satu premis akademik yang nyata bertentangan.

Oleh sebab itu, katanya cadangan intelek seperti itu tidak sepatutnya dilontar hanya dengan sehelai dua muka surat kenyataan akhbar sehingga tidak dapat dikritik, dinilai, diteliti dan disahkan oleh ahli-ahli akademik yang lain.

“Bagaimana mereka boleh melakukan semua ini sedangkan tiada argumen-argumen akademik yang dikemukakan, sebaliknya hanya sekadar bergantung kepada takrif sempit istilah colonialism yang dipilih.

“Bukankah seseorang ahli akademik dan profesor sentiasa hidup dengan argumen?” soalnya.

Tambahnya, takrifan colonialism yang dipilih juga tidak dijelaskan kaedah pentakrifannya dan jauh sekali keabsahan sumbernya.

“Tidakkah istilah ‘naungan’ (protectorate) pada kurun ke 19 lazimnya adalah merujuk kepada colonial protectorate?” tanya beliau.

Demikian juga, jelasnya dengan istilah ‘lindungan’ (protected) lazim merujuk kepada penjajahan sebagaimana status negara Brunei sebelum merdeka.

“Kalaulah kedua istilah ini tidak bermaksud jajahan, maka Empayar British adalah kecil iaitu hanya Australia, New Zealand, Kanada, India-Pakistan, Sri Lanka, Nigeria, Papua New Guinea dan Negeri-negeri Melayu Selat,” ujarnya

Menurutnya lagi, menyedari hakikat tersebut, tesis yang dikemukakan oleh MPN bukan hanya melibatkan Malaysia, bahkan status negara-negara lain seperti Uganda, Maldives, Palestin dan Mesir.

“Oleh kerana tesis baru MPN ini perkara yang besar malah turut melibatkan status negara-negara yang lain, adalah tidak wajar ia dilontarkan hanya melalui kenyataan akhbar,” katanya.

Katanya, mereka sepatutnya mengemukakan satu artikel atau buku ilmiah, supaya ahli-ahli akademik dan profesor-profesor di seluruh dunia dapat memberi maklum balas terhadap tesis mereka.

Beliau menambah, berdasarkan tesis baru mereka, MPN juga perlu menentukan kedudukan Raymond Dancey yang merupakan ketua Rumah Pasong Bukit Kepong dan ketika itu baru sahaja menamatkan perkhidmatan di Wilayah Naungan British, Palestin.

“Menurut banyak pihak dialah menjadi sasaran utama Mat Indera. Adakah dia Polis British atau Polis Malaya?” soalnya lagi.

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran