Followers

Wednesday, April 21, 2010

Bangunan Umno Kota Baharu milik saya,kata Zaid

HULU SELANGOR, 21 April — Datuk Zaid Ibrahim membidas tindakan Umno Kota Baru yang baru semalam membangkitkan isu pemilikan bangunan Umno bahagian itu ketika kempen sudah melepasi separuh jalan.

Zain, yang menerajui Umno Kota Baru dari 2001 hingga 2005, berkata bangunan itu dibina menggunakan wang beliau.

Oleh itu kata Zaid, beliau pernah menawarkan bangunan tersebut kepada bahagian itu tetapi mereka mendakwa harganya terlalu mahal.

“Ini cerita lama. Saya merupakan (bekas) ketua Umno Kota Baru, saya terkilan mengapa mereka membangkitkan perkara ini selepas enam tahun,” kata beliau pada sidang media di pejabat PKR di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

“Apabila saya meninggalkan bahagian (Kota Baru), saya memberitahu bahawa mereka boleh memiliki bangunan ini, saya ingat saya beritahu mereka RM9 juta,” kata beliau yang hilang jawatan ketua pada 2005 selepas keanggotaannya dalam parti digantung.

Semalam Umno Bahagian Kota Baru meminta Zaid agar menyerahkan semula bangunan yang didakwa miliknya kepada mereka.

Anggota jawatankuasa Umno bahagian itu Datuk Kamaruddin Abdullah berkata, bangunan tiga tingkat yang dibina 30 tahun lepas itu adalah milik Umno Bahagian itu walaupun Zaid memainkan banyak peranan menyiapkannya.

“Saya terpanggil membuat kenyataan dan mewakili anggota yang mengadakan perhimpunan di sini mendesak Zaid mengembalikan harta Umno Bahagian ini bukan atas arahan daripada mana-mana pihak, tetapi atas kehendak semua anggota,” katanya di Kota Baru semalam.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata pembinaan bangunan yang terletak di Jalan Sultan Zainab itu terbengkalai sebelum disiapkan oleh Zaid selaku ketua bahagian.

Bangunan ini dibina atas nama sebuah jawatankuasa melalui penubuhan sebuah syarikat dinamakan Ombak Biru Sdn Bhd, katanya.

Bagaimanapun kata beliau, Zaid kemudian mendakwa bangunan itu adalah miliknya dan meminta Umno membayar RM9.5 juta yang kemudian dikurangkan kepada RM8 juta jika mahu bangunan itu diserahkan kembali kepada parti tersebut.

Laporan polis dibuat terhadap Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru awal tahun ini selepas beliau menggadai tanah dan bangunan berkenaan.

“Saya telah membuat tawaran saya, mereka tidak mahu dan memberitahu terlalu mahal.

“Mungkin mereka mara. Jika mereka tidak mahu, saya boleh jual kepada PAS,” katanya berseloroh.

Zaid dipecat dari Umno Disember 2008 selepas menghadiri siri majlis anjuran Pakatan Rakyat.

.
AMBIL BALIK JADIKAN BANGUNAN PKR, PADAN MUKA UMNO.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran