Followers

Sunday, April 4, 2010

DAH LAMA WEH?

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 51 tahun ‘diserahkan’ kepada MCA dan MIC.

Beliau berkata, permintaan ahli UMNO di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.

“Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan UMNO, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada UMNO, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan UMNO meminta balik kerusi yang dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan UMNO kembali berkuasa di kawasan itu.

“Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya UMNO meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mencadangkan supaya timbalannya, Datuk G Palanivel mewakili BN bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor. - Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran