Followers

Sunday, April 4, 2010

Calon Hulu S'gor: PKR belum buat keputusan

PKR masih belum membuat keputusan mengenai calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPT) dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MPT di ibupejabat PKR di Tropicana, Selangor, Manikavasagam berkata PKR belum berbuat kerana ramai calon yang berpotensi dipilih.

Beliau yang juga anggota biro politik PKR berkata terdapat sehingga 11 nama yang dianggap layak dicalonkan mewakili parti itu.

Rabu lalu, dilaporkan 10 pemimpin PKR dipanggil menemui ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi tanggungjawab untuk memilih calon terbaik bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Mereka termasuk penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim, bekas tahanan ISA Badrul Amin Baharun, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, bekas setiausaha akhbar ketua pembangkang itu, Khalid Jaafar dan peguam N Surendran.

Turut hadir ialah naib ketua PKR Selangor, Razali Mokhtar dan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar.

Begitu juga dengan bendahari PKR cabang Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat di mana ada pihak yang mengatakan beliau turut dipanggil tetapi ada pula yang mengatakan beliau tidak hadir.

Di pihak BN pula, semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calonnya besar kemungkinan adalah dari MIC.

Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel (atas) dikatakan menjadi calon utama untuk mewakili BN.

Umno pula mendesak supaya kerusi tersebut dikembalikan kepada parti itu. Manakala kain rentang yang memaparkan gambar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah digantung di beberapa tempat di Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran