Followers

Wednesday, June 9, 2010

UMNO/BN wajib di kuburkan


Kerajaan akan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit untuk barangan kawalan berkuat kuasa 1 Julai ini walaupun Gabungan Persatuan Peniaga Barang-barang Runcit Malaysia hari ini mengugut untuk menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian telah banyak berkompromi dan bersetuju dengan segala permohonan persatuan berkenaan sebelum ini.

“Kita telah bersetuju dengan permintaan mereka minta cepatkan proses permohonan lesen, mansuhkan pembayaran RM10 untuk lesen dan tangguh kuat kuasa 15 Jun kepada 1 Julai, kerajaan dah banyak berkompromi.

“Tujuan kita bukan kerana duit tapi untuk pantau tiga peringkat ini (pengilang, pemborong dan peruncit) supaya masalah ketirisan gula tak berlaku sehingga timbul masalah kepada pengguna,” katanya kepada
pemberita di bangunan Parlimen di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan persatuan itu untuk menghentikan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini jika kerajaan menguatkuasakan Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 untuk menjual barangan itu.

Ismail Sabri berkata banyak pihak yang boleh dibenarkan dan berminat menjual barangan itu sekiranya persatuan berkenaan tetap dengan pendirian mereka untuk memboikot jualannya.

“Hypermarket dan supermarket akan jual gula, mungkin kita akan benarkan stesen minyak yang ada kiosk untuk jual gula, kedai koperasi, Fama, pasar tani, dan persatuan peladang juga boleh jual gula.

“Saya juga akan bawa kepada Kabinet sekali lagi untuk membuka pasaran import gula,” katanya. — Bernama..........



Masalah bekalan gula, tepung dan minyak ni adalah isu lama..termasuk isu disel semenjak Shafie Afdal jadi Menteri KPDNKK lagi...tapi isu ini menjadi lebih serius dan meruncing bila DS Ismail Sabri Yaakob jadi menterinya...sepatutnya mamat MP Bera bekas Setpol DS Najib ni tak layak langsung jadi menteri..langsung tak rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..bayangkan jika berlakunya boikot siapa yg susah?..sudah pasti rakyat bawahan.... paling tertekan ialah rakyat kampong2 dan luar bandar terutamanya peneroka2 Felda...dlm Rancangan Felda mana ada Hypermarket.. kedai2 koperasi pun hidup segan mati tak mau... mengapa dulu tidak seburuk kini?...betullah ramalan majoritu rakyat terutamanya yg berfikiran waras bahawa slogan 1M'sia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah bohong semata2....Enough is Enough!!!... cukuplah sudah usia Umno/BN menjaga M'sia.. pada PRU 13 nanti mau tak mau kita kena serahkan tampuk pemerintahan kpd Pakatan Rakyat pula...kita tidak mempunyai pilihan.. 52 th sudah terlalu lama...AYUH WARGA M'SIA..JOM KITA BERUBAH DAN KERAJAAN UMNO/BN HARUS REBAH!!...

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran