Followers

Tuesday, June 8, 2010

Pemujaan Najib: Katak dimasak dalam air panas

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/n090208_7.png.jpgPRK Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu memperlihatkan sokongan padu pengundi Cina terhadap Pakatan Rakyat. Malah, sikap pengundi menolak rasuah politik (sogokan wang) seolah-olah memberi tamparan yang sengit terhadap Najib dalam usahanya mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Namun demikian, satu fenomena lagi yang jelas muncul di Pandamaran, Hulu Selangor, Sibu hinggalah Johor Bahru kebelakangan ini, iaitu sambutan hangat daripada pengundi Cina terhadap Najib ketika lawatan beliau ke tempat-tempat tersebut.

"Kali pertama PM mengunjungi sini sejak n tahun", "PM menikmati makanan tempatan yang enak"..., ditambah pula dengan gambar lautan manusia, orang ramai menegakkan jari telunjuknya untuk menyokong 1Malaysia bersama Najib, menyarat di muka depan suratkhabar.

Bagaimana kita membaca kedua-dua fenomena yang bertentangan ini? Pertama, kehangatan pengundi Cina menyambut ketibaan PM sekadar kelakuan bersopan, atau hanya berminat dengan cahaya kamera yang datang bersama orang besar, namun tiada kena-mengena dengan pilihan undi. Kedua, pengundi Cina menyambut baik Najib, tetapi kesukaan mereka terhadap Najib tidak cukup untuk menghilangkan ketidakpercayaan terhadap UMNO?

Analisa kedua di atas mungkin boleh diperlihatkan menerusi contoh berikut. Dalam kolumnya di Sinchew Daily, Lim Mun Fah memetik kata-kata pemimpin Pertubuhan Cina di Johor Bahru yang berbunyi, "Seandainya setiap pemimpin UMNO mesra rakyat, bersikap terbuka seperti Najib, bagaimana BN boleh hilang sokongan orang Cina?"


Seandainya soalan yang berlegar dalam minda kalangan masyarakat Cina hanya berbunyi, "Najib telah berubah, bagaimana pula dengan UMNO?", sebagaimana yang dikatakan penulis Sinchew Daily, maka Najib hanya perlu menutup mulut orang seperti Ibrahim Ali dan akhbar Utusan Malaysia buat sementara sebelum PRU, agar BN berkemungkinan besar untuk mengembalikan kemenangannya.


Malah, seandainya Najib singgah untuk sejam dalam perarakan hari besar Tua Pek Kong di Sibu (Najib hanya singgah selamat 10 minit), berjabat tangan dengan 500 orang, di samping tidak menyogok pengundi dengan RM5 juta di Rejang Park sehingga mengundang kesan sebaliknya, maka undi kepada BN mungkin bertambah ratusan, sehingga membawa kemenangan kepada BN.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran