Followers

Monday, June 7, 2010

Najib Ketepikan Wakil Rakyat UMNO

Perdana Menteri telah mengumumkan sedikit rombakan kabinet seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak.

"Namun pengumuman Najib bagi saya ternyata tidak menggembirakan banyak pihak apabila dari 9 orang yang dilantik itu, lima dari mereka adalah senator dan hanya dua anggota parlimen dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim kepada erapakatan.

Bagi Khalil, paling tidak menggembirakan lagi apabila 3 ahli parlimen Umno yang digugurkan tetapi tidak mendapat liputan yang meluas, dan semacam ingin disembunyikan.

Mereka yang digugurkan itu ialah Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Johari Baharum dan Datuk Razali Ibrahim.

Bagi Khalil, tindakan Najib menambah koleksi Menteri dan timbalan menteri dikalangan bukan Ahli Parlimen iaitu senator yang dilantik adalah bukti nyata bahawa beliau telah menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyat yang sepatutunya didahulukan dalam memilih mereka sebagai anggota kabinetnya.

"Perkara serupa juga dilakukan oleh beliau apabila mengepalai kudeta di Perak dengan menafikan hak rakyat memilih dan menentukan kerajaan negeri tetapi dinafikan dengan menculik dan membeli wakil rakyat.

"Keharmonian hidup bermasyarakat dan berpolitik di Perak sesungguhnya telah dirosakkan oleh tindakan kudeta itu," kata beliau lagi.

Menurut Khalil realitinya jelas sekali bahawa Najib telah membuktikan sikapnya menafikan hak rakyat yang memilih dan menetukan mereka yang dipilih itu membentuk kerajaan.

"Namun apabila Najib mencipta sejarah baru dengan melantik terlalu ramai senator sebagai anggota kabinetnya, sebenarnya menggambarkan kelemahan kerajaan yang bukan mewakili rakyat tetapi mewakil dirinya sendiri," kata beliau lagi.

Khalil berkata, Najib ternyata menafikan orang yang berkelayakan dalam partinya sendiri .
"Bayangkan ketika Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau sudah tidak diiktiraf dengan tidak dilantik sebagai Menteri sebagaimana biasanya, namun Timbalan ketua pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Muar juga digugurkan dalam rombakan terbaru Najib," tegas Khalil.

Khalil berkata, perkara yang paling malang apabila semua tiga yang digugurkan adalah dari UMNO dan tidak diganti dengan pemimpin UMNO. Najib ternyata mengadai prinsipnya demi untuk mengambil hati bangsa lain tetapi bagi saya tindakannya sudah terlambat dan sudah di penghujung senja.

"Oleh itu saya mengesyorkan kepada semua Ahli parlimen Umno dan pemimpin Umno disemua peringkat dengan berani membuat bantahan di atas tindakan Najib yang menafikan hak rakyat khususnya dikalangan penyokong Umno yang telah memilih wakil rakyat untuk mewakili partinya namun tidak dipilih menjadi anggota kabinet.

"Begitu juga dengan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat mestilah membuat bantahan kerana tindakan menafikan hak rakyat tersebut bertentangan dengan semangat demokrasi yang sedia ada," kata Khalil lagi.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran