Followers

Tuesday, June 8, 2010

Pemuda Parti Gerakan Kedah Sokong Mansuh Judi Bola Sepak

Pemuda parti Gerakan negeri Kedah menyokong kempen membantah judi yang dianjurkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang dilancarkan di hadapan pusat perniagaan Sogo, baru-baru ini.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat dalam kenyataan medianya memuji ketegasan Ketua Pemudanya Tan Keng Liang yang turut bersama dalam kempen mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menarik balik lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan sebelum ini.

"Kita mengucapkan tahniah kepada keberanian Keng Liang yang berani menyatakan pendirian beliau untuk bersama-sama Pemuda PAS, Pemuda DAP serta Angkatan Muda KEADILAN.

"Kita juga mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria yang telah berjaya menubuhkan GMJ peringkat negeri Kedah," ujar beliau.

Tambahnya, setakat ini 53 pertubuhan daripada pelbagai pihak termasuk parti politik bersetuju menyertai GMJ di peringkat nasional mahu pun negeri.

"Kemuncak kepada bantahan ini adalah himpunan 100,000 rakyat pada 3 Julai depan di mana kita akan menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong," kata Suhaizan lagi.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran