Rakyat yang hendak membeli gula lebih untuk sebarang majlis kenduri samada perkahwinan atau lain-lain terpaksa membawa surat membuktikan, sebelum dibenarkan membeli lebih gula.
"Kita minta bawalah kad jemputan, bukan sebagai bukti tetapi kita ingin tahu bila dan berapa banyak gula yang diperlukan untuk majlis itu, senang untuk kita agihkan kerana kita jangkakan ramai yang akan adakan kenduri sepanjang cuti sekolah ini," katanya Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun kepada pemberita di sini pada Khamis, 3 Jun.
Dengan kenyataan itu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri kini sudah menjadi pejabat menjual gula! Satu perkara yang tidak pernah berlaku sejak 53 tahun merdeka.
Gula sudah menjadi satu barangan kawalan yang ‘tidak terkawal’ sehinggakan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) mahu menghentikan penjualan gula.
Namun yang menghairankan, bukan Presiden (PPBRM) yang menbuat kenyataan tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang buat kenyataan di Wisma MCA, Isnin 7 Jun lalu.
Kata Soi Lek, persekutuan itu menjelaskan, keputusan mereka bukan membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan yang tidak setimpal.
Apa perlu rakyat tunjukkan kad jemputan untuk beli gula lebih? Kalau bawa kad jemputan palsu, adakah orang yang beli gula lebih akan dikenakan tindakan, ditangkap?
No comments:
Post a Comment