Kerajaan seolah-olah tidak bertindak wajar dalam memastikan keperluan rakyat didahulukan kerana semenjak awal Jun ini sehingga sekarang isu ketiadaan stok gula masih berlaku termasuk di pasaraya besar sekitar Ipoh.
Dewan Pemuda Pas Negeri Perak(DPPN Pk) melihat tiada tindakan konkrit yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya berkaitan dengan pelan pengawalan yang tidak menepati usaha bagi memastikan stok gula berada di dalam pasaran.
"Walaupun isu kenaikan harga gula merupakan punca ketiadaan stok dipasaran, perkara tersebut bukannya sebagai alasan utama sebenarnya.
"Ini kerana pemantauan yang tidak konsisten oleh kerajaan menjadi punca perkara ini terus berlaku," kata Naib Ketua, DPPN Pk, Salman Haji Saleh kepada erapakatan.com.
DPPN Pk dalam kenyataannya mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan pusat laporan yang sistematik.
Dengan teknologi terkini, usaha menyaluran maklumat akan menjadi cepat dan pantas.
Sistem sms, mms, e-mel, atau sebagainya sebagai pendekatan penyaluran maklumat bagi tindakan susulan yang sepatutnya diambil kira oleh pihak kerajaan.
Salman yang mewakili DPPN Pk berharap tanggungjawab yang sepatutnya menjadi kayu ukur kemampuan seseorang menjalankan tugas mesti diambil kira kerana kita tidak mahu rakyat negeri Perak ini dibebani dengan masalah yang wujud ini.

No comments:
Post a Comment