Tindakan kerajaan memperkenalkan judi bola sepak, bermula dengan perlawanan piala dunia hari ini, menggambarkan kerajaan sedia ada muflis idea dalam membangunkan ekonomi negara.
Presidennya Datu Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu membawa negara mundur ke belakang dan membawanya "lebih jauh dari ajaran Islam" dan tatacara kehidupan masyarakat Malaysia.
"Perkiraan dosa-pahala, dan keberkatan hasil negara tidak wujud dalam pertimbanganperancangan ekonomi mereka (kerajaan)," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa hari ini.
Mengulas soal ekonomi, Abdul Hadi juga berkata dasar ekonomi yang diperkenalkan kerajaan pimpinan BN seperti Model Ekonomi Baru masih bersifat "orde lama", "tanpa roh" dan "tidak mementingkan akhlak".
"Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit matlamatnya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar, maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis.
"Akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.
Sementara itu kira-kira 2,00 orang perwakilan dan pemerhati daripada seluruh negara membanjiri Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkatan Chepa, hampir sepuluh kilometer daripada Kota Bharu.
Muktamar parti Islam itu di negeri kubu kuatnya kali ini bertemakan "Islam Adil untuk Semua".

No comments:
Post a Comment