Followers

Monday, June 7, 2010

sekadar kutuk tak kemana bawa ke ICC

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Turki membawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Turki semata-mata.

Beliau juga menggesa Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai pemerintah sah Palestin dan bukan tunduk kepada Amerika dan Israel.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan demikian semasa membahaskan usul mengecam rejim zionis Israel yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Usul itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran