Followers

Sunday, June 6, 2010

Janji Tajul Rosli ditagih



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu pendirian yang perlu dikotakan oleh bekas Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Diraja Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang mengatakan persediaan beliau untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu bagi membuktikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinannya masih di terima oleh rakyat yang pernah di katakannya 2 tahun yang lalu (10 Mei 2008).

"Tajol Rosli yang pernah membayangkan juga bahawa beliau tidak akan lagi bertanding di DUN dan hanya akan bertanding di Parlimen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti tidak perlu menunggu lama untuk membuktikannya.

"Tajol Rosli yang telah melepaskan jawatan Ketua Bahagian Umno Gerik dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak masih belum mengotakan satu lagi janjinya iaitu untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu," kata Naib Ketua, DDPPN PK, Salman Haji Saleh dalam kenyataannya.

Beliau yang mewakili DPPN Pk bersedia meletakkan mana-mana sahaja calon pimpinan pemuda untuk berhadapan dengan calon Umno di situ.

Malah DPPN Pk juga mencabar agar Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak meletakkan calon mereka di situ.

"DPPN Pk sudah bersedia bila-bila masa sahaja bagi menunggu hasrat Datuk Seri Tajol Rosli untuk mengosongkan kerusinya.

"Ini medan terbaik bagi melihat sejauh mana sokongan orang Melayu terhadap Datuk Seri Tajol Rosli atau Umno di bawah kepimpinan barunya iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," kata Salman.

Salman dalam masa yang sama bangga dengan Tajol Rosli yang sanggup untuk mengosongkan DUN Pengkalan Hulu kerana lebih berani dan bermaruah daripada Datuk Seri Zambry yang takut berdepan dengan rakyat kerana kerajaan negeri yang terbentuk atas asas yang tidak bermoral.

"Pertembungan antara Datuk Seri Tajol Rosli dengan Datuk Seri Zambry terutama di dalam persidangan DUN Perak yang lalu kerana tidak mengikut susun atur perjalanan yang sebenar ditambah dengan majlis pelancaran Perumahan Taman Dahlia Permai yang tidak di hadiri oleh wakil kerajaan negeri langsung," kata Salman.

DPPN Pk mempersoalkan adakah Tajol Rosli masih menyimpan hasrat mengosongkan kerusi DUN Pengkalan Hulu yang pernah beliau nyatakan dahulu semasa BN Perak jatuh semasa PRU ke – 12 tahun 2008.

"Timbul juga persoalan adakah Tajol Rosli masih berpeluang bertanding di DUN atau Parlimen bagi menghadapi PRU ke – 13 nanti.

"Rakyat Perak masih menunggu bukti yang dicanangkan ketika ini bahawa Umno / BN masih kuat dan diterima oleh rakyat," tegas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran