Followers

Friday, June 4, 2010

Liwat 2: Pembelaan soal-balas Doktor HKL


8.40am: Wartawan yang menunggu di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibenarkan masuk ke bilik perbicaraan.

Beberapa polis berpakaian biasa kelihatan merakamkan orang ramai hadir memasuki bilik perbicaraan. Perkara itu dilihat dilakukan sejak beberapa hari lalu. Kira-kira 70 orang berada di galeri awam.

Perbicaraaan kes kontroversi liwat bersambung hari ini dengan pasukan pembelaan akan menyoal-balas pakar daripada Hospital Kuala Lumpur Dr Mohd Razali Ibrahim.

Dr Mohd Razali semalam mengaku bahawa terdapat kesan mani pada sampel yang diambil.

Pihak pembelaan akan dibantu pakar forensik Dr David Wells, profesor kriminologi di UniversityMelbourn yang didatangkan daripada Australia semalam.

Dr David juga mengetuai perubatan forensik klinikal di Victorian Institute of Forensic Medicine.

9.36am: Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan dan pendakwaan memohon bertemu dengan hakim mahkamah tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam bilik. Tidak jelas tujuan perjumpaan itu.

Bagaimanapun, selepas 10 minit, kedua-dua pihak kini kembali ke bilik perbicaraan. Sehinggga 9.46 pagi, semua pihak masih menunggu ia dimulakan.

9.54am : Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan perbicaraan. Dr Mohd Razali Ibrahim mengambil tempat dan mula ditanya beberapa soalan oleh pihak pendakwaan Mohd Yusof Zainal.

9.55pm: Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaannya terhadap pengadu (Saiful) dilakukan menggunakan peralatan yang disteril.

katanya, semasa pemeriksaan itu, Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda terdapat sesuatu dimasukkan ke dalam dubur.

Dr Razali, ketika menjawab soalan Mohd Yusof juga memberitahu lembapan yang ditemui dalam kawasan perianal Saiful boleh disebabkan oleh material berasaskan cecair.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran