Followers

Saturday, June 19, 2010

kedudukan MP Batu tak pasti

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha bersetuju berjumpa kedua-dua pihak dalam kes membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua pada pagi Isnin ini.

Perkara itu di

sahkan oleh peguam Tian - Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad - yang berkata hakim berkenaan bersetuju berjumpa mereka bagi menjelaskan keputusan penghakimannya.

Sebelum ini, ketidakpastian terus menyelubungi nasib Tian sebagai ahli parlimen Batu kerana didenda RM2,000 semalam oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menggigit seorang polis tiga tahun lalu.

Peguamnya hari ini gagal menemui hakim yang memutuskan hukuman itu, bagi mendapatkan penjelasan.

Sesetengah peguam berpendapat MP Batu itu telah hilang kelayakannya berikutan hukuman berkenaan.

“Kami sedang berusaha gigih untuk mendapatkan ulasan berhubung keputasan semalam,” kata Amer Hamzah pagi ini.

Peguamnya juga telah mengutus surat kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha petang semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau. Surat berkenaan memohon hakim sama ada untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu atau menterjemahkan keputusannya.

Bagaimanapun dipercayai hakim telah memaklumkan kepada penolong pendaftar - bahawa keputusannya berhubung 'tiada pilihan raya kecil' adalah jelas dan tidak perlu baginya meminda denda RM2,000 yang dikenakan itu.

Tian Chua berkata beliau akan menunggu penghakiman bertulis dan bertegas bahawa beliau masih ahli parlimen Batu.

"Penasihat undang-undang kami sedang meneliti perkara itu sekarang ini. Kita tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. Ia sepatutnya di bawah Artikel 53 perlembagaan persekutuan,” kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran