Followers

Tuesday, June 8, 2010

Rasuah;Hukuman Perlu Lebih Berat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memandang serius serta mengambil satu tindakan yang drastik terhadap kes rasuah yang semakin menjadi barah di negara ini.

Hal ini berdasarkan kepada laporan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bahawa seramai 418,200 atau 41 peratus penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah pada tahun lalu.

"Ini merupakan satu angka yang amat mengejutkan. Kemudiannya antara 1,000 ke 2,000 penjawat awam didapati memalsukan atau cuba mengubah jumlah asal cuti sakit pada sijil cuti sakit," kata Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi kepada erapakatan.com

Beliau berkata, umumnya semua mengetahui bahawa majoriti penjawat awam terdiri daripada orang berketurunan melayu yang beragama Islam.

"Dimanakah silapnya sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan rasuah? Apakah mereka tidak boleh menilai buruk baiknya rasuah itu? Bukankah rasuah satu perbuatan yang berdosa? Ataupun rakyat Malaysia sudah hilang rasa sensitif terhadap rasa dosa dan haram," kata beliau lagi.

Beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak agar SPRM lebih efektif dalam menangani isu ini kerana Malaysia yang diuar-uarkan sebagai negara Islam sepatutnya malu dengan hasil kajian ini.

Beliau berpendapat perlunya undang-undang baru berkaitan rasuah digubal dengan segera demi memastikan gejala ini tidak berterusan dan merosakkan serta menjahanamkan ekonomi negara.
"Kalau negara China boleh menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah rasuah, kenapa Malaysia tidak mahu melaksanakan satu undang-undang yang lebih berkesan bagi membasmi gejala ini,"tegas Nasarudin.

Beliau juga berharap agar SPRM lebih telus dalam menjalankan tugas supaya sebarang kes-kes berkaitan rasuah dapat disiasat tanpa ada rasa prejudis.

Melalui tindakan ini SPRM dapat menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan dari pihak kerajaan mahupun swasta serta tidak dipertikaikan lagi integrtinya oleh rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Hukuman terhadap perasuah, ibu/bapak ayam, along dan konco2nya, mencuri/perompak/perogol, cetak rompak untuk komersial, melacor dan lain2 kesalahan serius ni tidak dapat memperbiki keadaan kalau hanya dengan denda/penjara, dan lepas. Apa sangatlah denda dua tiga puluh ribu kepada tauke cetak rompak, bapa ayam dsb. Tetapi bagi orang miskin, denda rm5k adalah cukup berat. Jadi untuk lebih adil, hukuman sebat akan dapat dirasai secara adil kepada yang miskin maupun kaya. Beranikah pihak berwajib menggubal undang-undang seperti ni.

    ReplyDelete

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran