Beliau yang juga Ahli Parlimen Telok Kemang berkata sudah hampir 15 tahun Felda menekan dan juga menipu peneroka terbabit dengan sengaja mengurangkan Kadar Perahan Gred (KPG) hasil titik peluh peneroka itu.
Sebelum ini Felda hanya membuat kiraan antara 16% sehingga 19% sahaja dari KPG sedangkan ujian yang dilakukan oleh peneroka di Makmal Sime Darby Research Sdn Bhd dan juga Felda Analytical Laboratory menunjukkan ianya mencapai 25.54%.
Perbezaan 6% bagi setiap tan adalah besar dan Felda mengaut keuntungan tanpa disedari oleh peneroka dan setelah itu mereka membazikannya tanpa memikirkan manfaat kepada peneroka.
Menurut beliau lagi, kegagalan Felda memperbetulkan kepincangan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal.
Apa yang boleh diandaikan ialah jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa.
Merujuk kepada tindakan memfailkan saman yang diambil oleh peneroka di Seremban semalam, ianya mengambarkan peneroka sekarang telah muak dengan sikap Felda yang mempergunakan mereka.
Tambahan lagi selama ini mereka tidak memdapat pembelaan dari mana-mana individu, persatuan ataupun peguam tetapi dengan sokongan dari Pakatan Rakyat jelas menampakkan sinar baru kepada peneroka.
Prinsip yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah keadilan untuk semua rakyat maka pembelaan yang dilakukan ini adalah satu usaha kita agar peneroka dinegara ini mendapat hak mereka yang sebenarnya.
Tuntutan saman RM200 juta, rasa ia bukanlah satu jumlah yang sepatutnya dituntut oleh peneroka, jumlah yang sebenar adalah lebih tinggi lagi kerana nilai keringat setiap peneroka dalam membangunkan sektor hartanah itu jauh nilainya.
Beliau yang bimbangkan kesejahteraan peneroka berpesan agar peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar.
“Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka.” Kata beliau mengakhiri kenyataan tersebut.
No comments:
Post a Comment