Followers

Thursday, August 19, 2010

Polis Pantas Bertindak

Dua anggota polis dari Batu Pahat, Johor, tiba di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Pusat, Damansara, kira-kira jam 11.45 pagi tadi untuk mengambil keterangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersama-sama Anwar adalah ialah Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, Bendahari PKR William Leong, juga selaku peguam dan Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.

Keterangan Anwar diambil berikutan terpampangnya foto Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj pada kain rentang ceramah baru-baru ini yang seolah-olah menjadi penganjur ceramah di Batu Pahat itu.

Kes ini disiasat dibawah Akta Hasutan, dan polis telah menerima 9 laporan polis.

Setakat ini 52 individu terdiri daripada penduduk tempatan dan Chua Jui Meng telah diambil keterangan.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran