Followers

Friday, August 6, 2010

Pasal Apa Susah Sangat Hendak Bagi Ni

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal apabila panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini menolak sebulat suara permohonan beliau mendapatkan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat keduanya.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun lalu yang mengetepikan permohonan awalnya.

Panel tiga anggota yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari secara sebulat suara memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi untuk menghalang Anwar (gambar) daripada akses kepada maklumat perubatan tidak akan memberi kesan terhadap keputusan kelak.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada mahu terus merayu di Mahkamah Persekutuan ataupun sebaliknya.

Dua anggota panel yang lain ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.

Pada 18 Jun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar agar dibekalkan beberapa dokumen termasuk laporan perubatan Saiful.

Beliau berpendapat bahawa tiada peruntukan atau asas perundangan yang membolehkan dokumen tersebut dibekalkan kepada barisan pembelaan yang mewakili Anwar dalam perbicaraan kes liwatnya.

Pada 4 Jun lalu, Anwar memfailkan notis usul untuk mendapatkan dokumen tersebut, iaitu sebelum barisan pembelaan perlu menyoal balas Mohd Razali, seorang pakar bedah am dari Hospital Kuala Lumpur.

Anwar sedang dibicarakan kerana didakwa meliwat Saiful antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan disebat jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes Anwar akan disambung seperti biasa Isnin ini.

Pada hari berkenaan, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Anwar agar tuduhannya digugurkan ekoran pendedahan hubungan romantis antara Saiful dan salah seorang Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran