Followers

Monday, August 2, 2010

Mahukah Suaranya Di Dengar Oleh Kerajaan Najib

Penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung slogan 1Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan warga Perkim peringkat zon utara di Georgetown hari ini.

"Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu," katanya.Hanya dakwaan

Ketika diminta mengulas mengenai kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh di mahkamah berhubung kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Dr Mahathir berkata tidak ada sesiapa boleh terlepas daripada proses undang-undang sama ada golongan kenamaan ataupun bukan.

"Itu baru dakwaan, sama ada benar atau tidak, terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab menjelaskan. Jika dia tidak salah, harap peguamnya dalam membuktikannya," katanya.

Ling, 67, didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat lalu terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah di Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.

Beliau didakwa memperdaya Jemaah Menteri supaya bersetuju dengan terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan bagi tanah terbabit.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran