Followers

Monday, August 2, 2010

Isu Rogol Kanak-Kanak, Presiden MCA Senada Dengan Karpal

Kerajaan diminta meminda undang-undang sedia ada berhubung hukuman kepada pesalah rogol membabitkan kanak-kanak dengan mengenakan hukuman yang lebih berat, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh bertolak ansur dengan pelaku jenayah itu, isu ini tidak wajar dipandang ringan dan masyarakat juga mengecam jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.

Semalam, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Dr Chua, yang ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Pulau Pinang di sini hari ini, berkata cadangan Karpal Singh itu baik tetapi perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan bagi menggantikan hukuman yang sedia ada .

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran