Followers

Tuesday, August 17, 2010

Mangsa Ribut Terima Bantuan Kerajaan Negeri dan Pemaju

Kerajaan Selangor akan segera menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut putih yang melanda Pangsapuri Desa Sepakat semalam.

Kata Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha, bentuk bantuan akan dimuktamad selepas mengadakan perbincangan dengan pemaju perumahan, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan mangsa kejadian.

Katanya, bantuan itu penting berikutan semua mangsa beragama Islam dan bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Selepas ribut melanda, Haniza segera turun padang dengan mengadakan pertemuan susulan dengan mangsa ribut di Pangsapuri Desa Sepakat bagi membincangkan soal bantuan dan keselamatan.

“Hari ini saya datang bersama-sama dengan orang Pejabat Daerah, pihak keselamatan dan juga pihak Zakat kerana ini adalah agensi-agensi yang boleh memberikan bantuan. Insyaallah pada jam 2.30 petang ini kita ada satu mesyuarat koordinasi penyelarasan dan salah satu aspek yang kami akan bincangkan adalah untuk mengelak perkara ini berlaku lagi. Kesan ribut ini adalah kali ketiga yang berlaku di kawasan Taman Medan, jadi saya rasa mesti ada laluan angin yang an

“Bila ribut itu lalu di kawasan tempatan dia akan memberikan kesan teruk tetapi Alhamdullilah kali ini dia memberi kerosakan agak serius tetapi tiada kemalangan jiwa. Kebetulan hujan datang dulu dan semua orang sudah masuk ke dalam yang kemudian baru datang ribut itu,” katanya.

Pada masa ini, kerajaan negeri sudah menghulurkan bantuan awal kepada semua 11 keluarga mangsa manakala bantuan susulan akan disampaikan tidak lama lagi.

“Semalam kita memberikan bantuan makanan dan minuman kepada mangsa ribut, kemudian kita ada bantuan RELA menjaga supaya tidak ada sesiapa yang menggunakan ruang ini sebab kita khuatir ada kayu-kayu yang boleh jatuhkan," kata Haniza.

TV Selangor juga menemu bual seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.

“Saya berada di tempat kejadian dan saya melihat bagaimana ribut putih itu berlaku, hujan-hujan renyai lepastu angin ribut datang berputar seakan-akan ribut berjerebu putih dan sampai ke kawasan pangsapuri dia menolak ke atas, itu yang bumbung tercabut itu.

“Dalam lima minit sahaja berlaku jadi bila berlaku ribut itu saya pun dengar dentuman kuat jadi saya terus berlari ke tengah jalan dan mahu melihat ada atau tidak orang yang cerdera,” kata saksi kejadian, Ramli Dol.

Penduduk juga merayu pemaju perumahan membantu mereka lantaran sambutan AidilFitri kian menjelang.

“Ini dengan bulan puasanya dan hendak dekat rayanya jadi penduduk dekat sini ada kenderaan mereka yang rosak, jadi kita harap kerajaan Selangor dan sebagai seorang Islam dalam bulan puasa ini bantulah dengan keadaan yang macam ini dan daripada pemaju perumahan ini juga perlu bertanggungjawaplah sebab mereka pun ada insuran kan.

“Lepas tu mereka pun sudah janji tadi mereka hendak bertanggungjawap,” kata mangsa ribut, Mohd Nizam Mohsin.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran