Followers

Wednesday, August 11, 2010

Gobind: AG bazirkan masa semua pihak

Dokumen dalam bentuk 'nota terakhir' yang bakal dikemukakan pada inkues Teoh Beng Hock kemungkinan besar menyaksikan keperluan perbicaraan semula, kata peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Namun, ia tidak pratikal untuk dilakukan kerana inkues tersebung telah berlangsung hampir setahun dan kini pada peringkat akhir, bidas Gobind.

"Kenapa tidak sahaja mulakan semula inkues berkenaan. Kenapa kita berbuat demikian?” soal Gobind yang berang apabila ditanya oleh wartawan sama ada pengemukaan dokumen itu akan menyaksikan beberapa saksi sebelum ini dipanggil semula.

"Jangan tanya bagaimana perasaan seseorang peguam. Tanya wartawan yang membuat liputan (inkues) untuk setahun. Tanya keluarga berkenaan bagaimana perasaan mereka,” katanya.

Kebimbangan utama Gobind sekarang ini adalah keluarga Teoh dan bukti baru yang dikemukakan itu mungkin melenggahkan lagi inkues berkenaan dan menambahkan lagi perit penderitaan mereka.

Keterangan beberapa saksi sebelum ini, katanya akan berbeza berdasarkan cara soalan diajukan dengan penemuan dokumen baru berkenaan.

Menurut Gobind, pejabat peguam negara sepatutnya dipertanggung-jawabkan berhubung kekalutan itu.

"Susahkah bagi AG berkata: 'Oh... maaf. IO (pegawai penyiasat) saya tidak melakukan tugasnya dengan betul, tetapi tidak mengapa. Biar kita melaluinya segalanya sekali lagi.

"Adakah kita harus hanya berpeluk tubuh? Seseorang mesti mengambil tanggungjawab itu,” katanya.

Menurut Gobind, tujuan inkues adalah supaya koroner mengkaji dokumen dan bukti sebelum membuat keputusannya dan tugas AG adalah untuk membantunya.

"Dalam kes ini, AG sepatutnya menceritakan perkara sebenar dan bukannya memihak. Dalam keadaan seperti ini (kehadiran dokumen secara tiba-tiba) ia sepatutnya dibawa ke mahkamah majistret pada tahap awal.

"Saya percaya setiap orang dalam perbicaraan ini akan mengambil tindakan yang berlainan dalam pendekatan mereka jika mereka mengetahui mengenai bahawa nota itu wujud,” katanya.

Gobind berkata adalah lebih tidak boleh dimaafkan untuk melenggah-lenggahkan pengemukakan dokumen itu setelah bAG mengaku nota itu dimiliki pihaknya sejak Oktober tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran