Followers

Tuesday, March 29, 2011

Malang Penunggang Motosikal


Malang bagi seorang penunggang motosikal apabila dia hampir maut akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan semasa melalui lebuh raya, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang di Kilometer 263.6 Lebuh Raya Utara - Selatan, kira-kira 300 meter dari susur keluar Seremban, di sini.

Motosikal yang ditunggangi mangsa berusia 23 tahun itu dikatakan dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios menyebabkan mangsa terpelanting atas cermin hadapan kenderaan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, motosikal jenis Suzuki RGV ditunggangi mangsa turut diheret sejauh beberapa meter.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kemalangan berkenaan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Nilai ke selatan.

“Sampai sahaja di lokasi kejadian, Toyota Vios yang berada di lorong tengah tiba-tiba terus membelok ke susur keluar Seremban.

“Ia menyebabkan kereta tersebut merempuh belakang motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu sedang berada di laluan kiri lebuh raya berkenaan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting atas cermin kereta, sebelum terjatuh atas jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Menurut saksi terbabit, motosikal ditunggang mangsa turut diseret sejauh beberapa meter sebelum pemandu kereta bertindak berhenti di bahu lebuh raya.

“Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang turut cedera ringan dan dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.

“Manakala, penunggang motosikal itu cedera parah di kepala dan badan. Dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap JPAM berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini sedang dirawat di wad hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran