Followers

Sunday, March 6, 2011

BN menang besar di Merlimau, Kerdau

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.

Jumlah undi rosak yang diterima ialah 90 undi.

Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi telahpun kembali kepada BN di Kerdau.

2 comments:

  1. pengundi mata duitan.bila dengan k'jaan nak 10 juta projek kat situ,terus kelabu asap.

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah dengan kekalahan ini...semoga PAS kembali kepada perjuangan asal tanpa adanya Nik Aziz, PKR dan DAP.

    ReplyDelete

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran