Followers

Monday, March 7, 2011

Agong rasmi sidang Parlimen

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Parlimen ke-12.

Terdahulu Seri Paduka memeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Dewan Rakyat akan mula bersidang Selasa hingga 7 April.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran