Followers

Tuesday, March 8, 2011

Analisis telefon tidak diserah pada inkues TBH

Mereka yang menghadiri prosiding suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock (TBH) terkejut apabila mereka mendengar yang dua laporan analisis telefon bimbit milik enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak diserahkan kepada koroner sewaktu inkues kematian Teoh sebelum ini.

Laporan tersebut telah dikemukakan kepada suruhanjaya itu hari ini oleh pegawai pengendalian dari Pejabat Peguam Negara.

Suruhanjaya juga juga turut memanggil Mohd Zaidi Abu Hassan - penganalisis laporan telefon dari pasukan polis - untuk memberi keterangan mengenai laporan tersebut.

Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk James Foong terkejut apabila Mohd Zaidi berkata laporan tersebut tidak dikemukakan dalam inkues koroner yang membuat penghakiman terbuka terhadap kematian Teoh.

Seorang lagi pegawai pengendalian, Amarjeet Singh, menerangkan bahawa laporan analisis itu disebut semasa inkues, tetapi tiada sesiapa pun meminta mereka mengemukakannya kepada koroner.

Amarjeet berkata, dia menerima laporan itu minggu lepas dan telah memperolehi kebenaran SPRM untuk mengemukakannya kepada suruhanjaya tersebut.

Laporan pertama menganalisis kandungan telefon bimbit lima pegawai dari pejabat Selangor SPRM iaitu, ketua pegawai penyiasat, Hairul Ilham Hamzah, pegawai penyiasatan Mohd Anuar Ismail, Azeem Hamiz Jamaluddin, Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Nazri Ibrahim.

Manakala laporan kedua pula meneliti kandungan telefon bimbit timbalan pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim.

Mereka mengandungi log panggilan, mesej teks dan buku telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran