Followers

Monday, May 3, 2010

Umno-BN merugikan pekerja.....jangan undi BN lagi

Pakatan Rakyat dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengkritik usul kerajaan meluluskan rang undang-undang yang membolehkan majikan untuk mengelak dari membayar sebarang pampasan kepada pekerja sekiranya mereka diberhentikan.


Antara kelompok pekerja yang berisiko menerima tamparan dari akta ini adalah buruh kontrak dan pekerja yang masih dalam tempoh pemerhatian.



Rang Undang-undang ini dilihat sebagai tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menekan seluruh pekerja dalam negara ini.



"Sebagai Ahli Parlimen, kami telah membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat, tetapi Barisan Nasional yang merupakan majoriti pasti akan menggagalkan usaha kita.



"Kerajaan Pusat sepatutnya membincangkan perkara tersebut dengan Kesatuan Sekerja sebelum melakukan sebarang perubahan", " kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.



Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata kepada kira-kira 400 peserta yang sebahagian besarnya adalah ahli MTUC pada perayaan Hari Pekerja yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya pagi semalam.



Turut hadir dalam program tersebut adalah Exco Selangor Ronnie Liu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MTUC Syed Syahir Syed Mahamud.



Timbalan Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika dihubungi Suara Keadilan menganggap akta baru yang bakal dilaksanakan ini merupakan undang-undang yang jelas berat sebelah dan berpihak kepada majikan semata-mata.



Beliau menyifatkan undang-undang baru ini akan membawa 'petaka' kepada kaum pekerja di negara ini.



"Kerajaan Umno-BN seolah-olah tidak sensitif apabila membiarkan kelompok korporat memonopoli sektor swasta dengan 'kuasa' berlebihan'. Ini membolehkan mereka mempunyai peluang untuk melakukan diskriminasi terutamanya kepada buruh", tegasnya.



Ketika ditanya mengenai cadangan implementasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Abdullah Sani menganggap kemenangan Umno-BN di Hulu Selangor tempoh hari merupakan 'tiket' bagi mereka untuk melaksanakannya.



Beliau mendedahkan bahawa wang yang dikutip dari cukai tersebut adalah bagi menampung kos ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran Umno-BN.



"Selain itu, ada kaitan rapat antara GST dan Akta Gaji Minima. Belum tiba masanya lagi untuk Malaysia melaksanakan GST, kerana Akta Gaji Minima itu sendiri belum wujud. Definisi gaji minima itu adalah upah kerja yang melepasi garis kemiskinan.



"Adakah semua pekerja mendapat upah diatas garis kemiskinan?", soal beliau.



Beliau menyeru kepada golongan pekerja secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya untuk menolak kerajaan yang zalim dan menindas golongan pekerja.



Beliau juga mengingatkan kepada para pekerja untuk membuat keputusan yang bijak kerana risiko dari tindakan mereka hari ini akan menimpa generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran