Followers

Sunday, May 16, 2010

37 peratus keluar mengundi

Proses pengundian akan berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini. Keputusannya dijangka diketahui pada jam 9 malam ini.

Galeri foto


12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.10 tengahari:
Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari:
Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi:
Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi:
Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran