Followers

Sunday, May 16, 2010

SPR Halang PACA Pakatan Rakyat Pantau Peti Undi

Calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng melahirkan rasa kesl beliau atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak membenar ejen mengundi dan kiraan undi (PACA) daripada KEADILAN, PAS dan DAP untuk masuk ke pusat mengundi di beberapa lokasi bagi memantau peti undi.

"Saya rasa ini tidak adil dan alasan SPR mengatakan kemasukan PACA akan menyesakkan dewan pusat mengundi tidak boleh diterima. Mereka adalah sebahagian daripada proses pilihan raya seperti yang termaktub dalam peraturan SPR," kata Wong kepada Suara Keadilan selepas membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Guong Ann di Sungai Merah bersama isteri.

Beliau dan isteri tiba di SJKC Guong Ann pada pukul 9.04 pagi sementara calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew mengundi di Sekolah Menengah Rosli Dhoby.

Proses pengundian pilihan raya kecil P212 Bandar Sibu berjalan dengan lancar dalam keadaan tenaang apabila pusat mengundi mula dibuka tepat pukul 9 pagi tadi.

Wartawan Suara Keadilan, Faizal Ezzany melaporkan suasana pengundian di sekolah tersebut amat berbeza dengan keadaan pada PRK Hulu Selangor 25 April lalu.

"Di sini tidak ada pondok panas dan bendera kedua-dua parti pun tidak kelihatan. Yang ada hanya pegawai dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dan anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan.

"Malah perayu undi pun tidak kelihatan menjadikan proses mengundi agak tidak berapa ceria namun SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini meningkat kepada 80 peratus berbanding 68 peratus pada pilihan raya umum 2008," kata Faizal.

PRK Sibu membabitkan 54, 695 pengundi berdaftar di mana 52, 158 adalah pengundi biasa dan 1,910 merangkumi anggota tentera dan 627 lagi anggota polis.

Sejumlah 45 pusat mengundi dengan 110 saluran mengundi dibuka sehingga pukul 5 petang di 39 sekolah, dua tadika, masing -masing satu di sebuah pusat latihan, perpustakaan awam, sebuah rumah panjang serta sebuah pusat rekreasi awam.

No comments:

Post a Comment

berita terdahulu

Related Posts with Thumbnails

AL - QURAN

Listen to Quran